RSS Feed

Tuesday, November 24, 2015

ulasan pencekik: BIGFOOD restaurant jb



22/11/2015


fuh macam2 jadi harini.paling epic is ipone 5 si suami masuk dalam mesin basuh..dekat 5 min jugak kot terendam T__T. of course si bini yg nangis gila2.

padahal harini kitorang baru plan nak makan2 since first time aku dpt gaji lepas berbulan2 tak merasa duit hasil titik peluh sendiri.nothing interesting, cuma ada iklankan kt mudah.my utk buat proofreading service and Alhamdulillah melekat pulak sorang. siap kerja dia terus bank in. so bila tanya suami nk belanja apa dia kata belanja makan. so despite the tragedy, and lepas aku dah meraung sbb rasa mcm tak boleh dimaafkan lansung kesalahan aku tu, and lepas si parit dah puas buat aku rasa bersalah (lol) kitorng pun decide utk proceed with our food hunting plan earlier.

plan asal nk pergi any western food restaurant yg cuma ada kt johor. sebab dari berapa minggu lepas si parit asek ckp psl nk makan dekat restaurant the cave. only in johor jugak and pintu masuk dia mmg dia buat mcm pintu gua hahaa. tapi tutup pulak haritu. so dah hampir nak cancel dah when suddenly kami terperasan restaurant bigfood dekat taman nong chik jalan nk ke larkin. farid kata sini pun serve western food jugak and katanya in big (by big i mean BIG) portion. and cuma ada kt johor je jugak so yep, kami pun mencemar duli yg dah tercemar ke sini.

deco dalaman - as usual 'hipster' style. kerusi guna long bench macam kt kantin sekolah, ada small playground area utk budak2 and upstairs bila dah ramai sgt customer (agaknya) hihi.

niat aku nk jadi saksi the BIGFOOD they claim it to be. so after going through the menu which i like it when they include some basic ingredients in each menu as well as the cooking method so diners might get an idea on how the dish might look like, kami pun order ; 1 plate of sloopy jane, and 1 plate of chicken chop. air kami order their fruitjuice.

since orang tak ramai sangat masa tu, service tak mengecewakan. agak pantas. makanan sampai in a jippy



sloopy jane
ingredient: fries topped with mincet meat cooked in tomato gravy spreaded with parmesan cheese, garlic breads, served with thousand island and sour cream for the dipping.
taste: 7/10-not bad presentation wise, rasa seperti yg diagak. nothing special than other 'sloopy janes' anywhere else.
tapi portion mmg tak tipu besaq bak ang. harga rm12 je pulak tu. eh okay la ni.ko lapo kan? nafsu ko mcm nk makan kfc snackplate 2 set kan? hah ni, 12hinggit. kalah kfc snackplate kikiki
BIGFOOD chicken chop
ingredient: mashed potato with gravy, black pepper sauce, fried chicken, coleslow for vegies
taste:7/10 jugak. mashed potato umphh. A. ayam goreng bahagian isi yg agak banyak dan tawar since dia bukan bhgn tulang, and again undeniably big portion.
harga rm20 - yg ni munkin mahal sikit tapi depa tak kedekut tang kentang nu. sedap pulak tu. cuma rm20 tu kalau rasa ayam tak terlalu bland mungkin lebih puas hati,

sloopy jane for mak shahir. kentang dia mewah betul hah. oh the dipping pun sedap. maybe more minced meat and less fries would be so much nicer :)

small playground area. kami duduk dekat seat yg sebelah betul dgn playground area ni. bola banyak2 tu takde tau.cuma ada pondok kecik tmpat budak2 nk buat main pondok2 dgn kuda ni jelah yg ada


so kalau anda pencekik yg cuma berbajet 10-20 ringgit utk makanan yg nampak macam mampu melayan napsu makan anda yg mana sebelum diboikot hari2 nk mcd, sini pun ok. study on the menu first pastu order. kalau nk steak, pizza, pasta and some sort pun ada. range rm25-40
those yg dtg jb utk jalan2 cari makan- for first timer korg g try tmpat lain dulu yg lagi pemes. pasal kedai2 gini berlambak kt s.alam hah. but if u wanna try some 'made in johor' products sini cafe yg aku boleh rekemen. sbb jujurnya, dia dekat dgn jiwa melei yg nk 'makan makanan omputih tapi takyah pelik2 sgt n harga takyah nk buat aku rasa mcm masuk kedai royal selangor utk cari jam hrga sepoh ringgit' macam aku. if u know what i babble lol.
on a diff note, this eatery is run by a young entrepreneur by the name of Mr.Tarmizi. so? takde so. cuma nk suruh support bumiputera punya bisnes pulak sbb bangsa lain pun support n suka pegi hipster cafe yg budak melayu bukak skrg ni. yg mana, kt johor ni selama ni bumiputera punya bisnes mostly warung beger, kedai makan seafood, ciken cop 5rnggit n kedai tomyam yg mana jugak, tak menitik beratkan kualiti servis dan ambience kedai. so trend skrg, budak2 muda buka kedai makan, jual makanan yg tak selalunya generasi 90s kids mcm aku ni jumpa, dengan konsep kedai makan yg fresh and hip. in terms of servis pun diorang ambil kira. takde dtg "maka ape bey?" "tu takde bey, yg ade tingga nasi aye" dan bey bey yg selainnya. maksud aku diorang ambil kira dari seawal proses pengeluaran dan penghasilan makanan sehingga ke customer servis dan tatarias kedai. so ko duduk je ko dah rasa best. haaa gitu. bukan untuk cuba mematikan selera kita dizaman makan sate, nasi ayam, nasi goreng daging merah, rojak, dan sirap bandung sambil mengadap warung2 lain depan kita, tapi aku puji effort utk ikut pereadaran masa dan persaingan sihat tu.itu.
well done bros sekalian well done.
nk repeat lagi. bolehh lepas dah try tempat lain and terasa nk dtg sini semula untuk try the quality of their steaks ke, kami akan datang :)

Wednesday, November 4, 2015

desaru short trip 2015





1st & 2nd Nov 2015


suami dah start usha2 hotel 2 minngu sebelum cuma masa tu tak sure lagi short trip kami kali ni ke mana. dia kata cuma nk release tension dari kerja and nk jalan2 seronok2 je. so aku pun fikir. short trip melaka dulu mmg focus kami untuk sight seeing and makan2 (asam pedas,cocnut klebang,original baba nyonya food semua tu la). and this time around cuma nk seronok2 je tak focus pada nk try makanan ke apa. then terfikir yg kitorang dah plan nak pergi desaru since tahun lepas sebab suami pernah training kt sana.lotus desaru resort tu katanya a fun packed place to go. ada macam2 activity situ and yg paling best is their waterpark. which sape2 yg stay sana akan dapat pass masuk free so boleh main air puas2, kebetulan pulak si shahir ni dah nk masuk 8 bulan and kitorang mmg belum pernah bwk dia pergi apa2 theme park lagi, and kebetulan jugak lotus desaru is well known for their clean private beach so hmmmmm yeap it fits well with our short trip destinantion kali ni. anddd another kebetulan...ahad tu johorean dpt cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan JDT dlm final piala AFC haha. so cantik2 jelah timing kitorang 

pagi ahad gerak dari pontian lalu tol senai-desaru. tak lama, 2 jam lebih camtu dah sampai. berhenti kejap dekat kedai runcit untuk beli stock makanan kami and shahir. kami beli roti, maggi, tuna dengan cerelac utk shahir. kami mmg macamni, kami akan ada focus activites bila on a trip. kalau nk makan2 kami akan pilih budget hotel which means bukan nak focus pada penginapan lah. hotel setakat utk tido, mandi dan bersiap shj. and since trip kali ni utk beraktiviti so kami focuskan pada penginapan yg easy access dgn aktiviti2 yg kami nk buat so part makan kami akan makan apa yg ada je. it helps us to spend wisely during the trip sebenarnya hihi.
somebody fell fast asleep on our way there, carseat dah sedikit kecil utk dia sebenarnya sbb tu pasang seat belt yg utk hold carseat je. kena beli baruuuuuu suamiiiii
eh dah bangunnn


dah sampai. kami check in di block E depan waterpark je hihi
masa baru sampai. boleh tahan eksaited mamat ni weh
suite ni ada 2 level.sat g kita cite sikit pasal suite dia pulak okeh


kami sampai dalam pukul 12.30 p.m so lepak dekat bilik dulu dalam pukul 3 kami turun ke waterpark. mandi dengan budak kecik ni takleh la time2 awal pagi or petang2 sangat. sedang elok la pukul 3 tu cuaca panas2 sikit. so berendam lama pun tak sejuk sgt kan
shahir's first experience pergi waterpark. resort punya waterpark je pun takde gelongsor tinggi2 pun huhu tapi.....ada orang takut jugak..sampai kena susukan dulu kt tepi pool nk bagi dia tenang. bila dah okay.....
nampak muka happy dia dapat main air tuuu haha


waterpark dia ada few sections. and semua tempat boleh main dengan budak kecik except the lazy river. yg lain semua air dia cetek2 je. shahir boleh duduk2 dalam air dia hihi. oh and as per in the picture above tu falling coconut.ampa kena berdiri kt situ sebab kejap lagi ada air yg dia dah tadah kt atas tu jatuh bedebush kt ampa bagi basah lencun
tu lah tu. tapi kena diri belakang lagi sebenarnya haha

so dalam pukul 4 lebih kami pun naik bilik sebab shahir pun dah nampak worn out masa tu and dah masa untuk susu. lepak and rehat kejap dalam bilik, malam tu kami keluar pi beli nasi goreng and masak maggi for dinner. since for lunch kami dah makan roti and tuna. 9 pm shahir and ayah dah terbongkang. ibu pun meneruskan projek ambil gambar bilik for reviewing.


downstairs. ada toilet with no shower, tv, freezer, sofa, microwave, sink, heater, small dining table,aircond, and some dishes dgn cutlery set
stairs to upper floor
upper floor view. queen size bed, toilet with shower and bathtub, vanity desk, air cond, and wardrobe with safe box

this is the view from upstairs. oh dekat luar ada balcony jugak. and sofa tu is actually two seperated single chair. i joined them together and tahan dengan meja tu utk jadikan babycrib for shahir since takde place for him to lay down downstairs hihi.


the next morning, lepas free breakfast dekat cafe dia kami ke private beach desaru yg terletak berhadapan je dgn tempat sarapan.


our foot prints :)
pijak pasir pantai pun first time hihi
private beach yg sgt bersih. takde sampah sarap and ada banyak seats for you to sit while looking at the seaview.



kami tak lama di pantai, cuma nk bagi shahir rasa pasir pantai and berdiri dekat dengan laut je. just to introduced him with ;)

lepastu shahir susu and tido sekejap around half and hour then main kat waterpark lagi sebelum checkout


12 pm kami checkout. nice and fun short trip. dekat johor pun banyak holiday destination yg menarik. cost for our 2d1n stay  is rm250


alhamdulillah, walaupun short trip kali ni dekat je but it was sure a fun short trip. berbaloi tak kalau nak pergi lagi? berbaloi..dgn 250 tu semua kami buat dalam area resort shj tak payah keluar2 dah. and actually ada mcm2 lagi package activities kt sini. klw nk main yg mahal2 u got paintball, archery and klw group activities ada treasure hunt, jungle trekking. for kids pun ada activities like painting mugs, artcraft etc. tahniah pihak lotus desaru resort, penginapan yg selesa dan berbaloi utk guest with small budget like us. thumbs up!















Friday, October 30, 2015

Ulasan pencekik: tea garden

29/10/15


So for dinner today, kami makan di tea garden di gelang patah betul2 bawah d'elegance hotel.its our second time here.first time pergi haritu aku order nasi putih dgn sup itik and suami order set nasi dgn ayam, lpstu order dimsum jugak. Tp takde amek gambar langsung so tk dpt buat review huhu.

but few days after that aku pun questionedkan kt laki aku pasal ayam and daging dia confirm ke sembelih, terus laki aku tak boleh jawab. dia kata boss cina dia kata sini halal.lol okayyyy macamtu ye. ok lah dah termakan pun yg sebelum ni. so bila aku gugel this is what i found: hukum makan makanan yang dimasak non-muslim

Sbb tu lah kami dtg semula and this time around aku and suami order menu selain daging. including chicken and duck.

But before that meh aku kasi intro sikit kt kedai ni.tea garden ni dah buka byk cawangan kt msia ni and ada lebih dr 10 cwgn dlm johor, dan beberapa ketul lagi kt kl. Since johor ni tk berapa byk kedai makan chinese muslim mcm kt shah alam, tea garden ni lah yg mnjadi pojaan hati kami2 semua hihi. In terms of price, lebih kurang mcm harga kopitiam laa


Kt sini mostly diorang serve authentic Chinese cuisine tapi ada jugak western and Malaysian favourite macam nasi lemak, rendang etc. rasa makanan dia pun mmg cina. Kicap, minyak bijan, garlic. Tu main ingredients dia. If u asked me, mmg la fav aku chinese cuisine ni. Sbb tu aku suka g sini hihi. . Dah tak reti makan makanan melayu ke dia ni. Haritu arab ni cina.geliii jek. Dah kang aku review psl nasi campur ke sate ke gila bosan. Review pencekik punya entries mmg akan focus on different kind of food in johor. By different i mean different cuisine and maybe different concept than the usual kedai makan tomyam,mamak and their comrades

Moving on to the menu yg kami order. aku order fish porridge which is wow. sedap bhai. shahir pun suka. the main reason aku order their fish porridge is because shahir pun boleh makan sama and aku pun suka je bubur2 ni especially yang soupy and tak berempah sgt macam bubur2 cina ni. they use snapper fish untuk isi ikan dalam bubur tu, and side dishes dia ada salted duck egg, dried cakoi, and lagi satu aku pun tak tau apa tapi macam akar2 kayu yg fermented and rasanya sangat masin tapi sedap


Image result for fish porridge tea garden
curi dari goggle image since takde smpan pulak gmbar fish porridge tu. tapi exactly the same as macam gambar. yang akar kayu tu yg hitam2 tu. and dalam botol tu mcm biasa ada kicap cair dengan lada sulah. potongan ikan dia pun tak lokek.
taste: 8.5/10
presentation: perfect. rasa macam makan dekat rumah ah meng. haaa??






Suami pulak order their chinese rojak. Basically chinese rojak is the mixture of tepung, fish cake, kentang, tauhu, bwg2 and their rojak sauce which tastes slightly different from malay rojak sauce.



price:rm 6++
taste: 8/10 since the shrimp paste wasnt too thick. the sweetness from shrimp paste and crushed groundnuts blended well with other ingredients. if you want it to be extra spicy u can request extra slices of chillies. big portion for one.




selepas beberapa kali, kami ada juga order their rice with fish belly, and chee cheong fan which is their rice noodle roll.simple yet sedap gila. gambar nanti aku pegi lagi aku update lagi. ingat ye, kalau tak confident nak makan dia punya daging you can always choose their fish/seafood dishes

for the drink, kalau pegi chinese restaurant kami mmg akan order their teas. jasmine tea for those yg nak minum teh tanpa gula tapi tak pahit sebab kalau chinese tea dia ada pahit sikit. kalau tak korang order la air longan ke fresh oren ke tak kisah la kauuuu







 ibu and shahir. since kami ada anak kecik yg suka jakun2 bila kt kedai makan, we choose to sit at the table yg dekat dgn pintu keluar. thats the tips. so that ur kid wont be seen like disturbing the other customers :)



 oh and in terms of ambience kedai, mmg sgt comfortable. ada table dekat luar (open space) and ada yg dalam kedai. dekat luar selalunya smokers and those yg dtg dgn kawan2 will choose to lepak luar kedai lah. and for us kitorang lepak dalam kedai TAPIII dekat dgn exit hihi.

so  if any of you terasa macam nak cekik makanan cina around johor ni. u guys can try tea garden sebab rasa makanan cina yg betul2 cina (lol), halal (no pork,lard,wine) and harga pun tak mahal sangat.

andm, for those yg against makan di kedai non-muslim

"Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal."


  kalau korang tak yakin jangan makan but again tak perlu dipertikaikan akidah orang yang makan dengan ayat2 macam "seua benda dia nak makan"  "eee halal keeee"  "ntah dia basuh ke tak tangan dia sebelu masak" bla bla bla. cuba bayangkan students kita yg kt korea, jepun, uk and banyak lagi negara non-muslim. of course tak semudah kt sini diorang nk pastikan yg tukang masak, barang utk memasak dan yg lain2 tu habis suci. and ingat, klw duk condemn makanan ni halal ke halal ke, kalau korang mmg hari2 masak takpe. ni aku rasa byk kali jugak ko makan kt luar. dah ko sure ke makcik yg buat nasi goreng kampung ko tu solat, basuh tgn bersih, basuh segala bawang ke apa? haa islam ni mudah. dah diletak garis panduan, guna. jangan jadi orang yg acah2 teliti certain bab tp sbenrnya korang pun pemalas nk masak asek beliii je nasi goreng kt luar tu.hokeyy



















Tuesday, October 13, 2015

I hope no one will read this entry.

Kecil hati.biasa dah kan.aku dikurniakan tuhan kesederhanaan pd rupa,dan gaya hidup.dan untuk aku merasa mata2 yg memandang rendah pada aku pun dah jadi kebiasaan.mereka perhati cara aku berjalan,cara aku makan,cara aku pegang anak.dan selalunya mereka akan jumpa cacat cela salah silapnya.


Perlu ke dilayan elok manusia yg penuh cacat cela ni.entah.ada faedah pada kita ke.takde.

Maka mereka buat keputusan;
Hai lah mereka.



Waktu2 begini lah aku cuma minta lebih pada tuhan.tak mengapa lah rupa yg sederhana, kemampuan yg sederhana, tapi biarlah tuhan kurniakan tingkat sabar yg tinggi setingginya.yang itu aku nak lebih, tuhan.

Untuk aku;
Nah aku nak ingatkan aku

Tambah baik diri aku,kalau lagi sehari aku hidup semoga baki sehari tu jadi yg paling beri faedah.kalau lagi sebulan semoga bulan itu jadi yg paling beri faedah.begitulah kalau makan tahun sekalipun.ingat aku,pandang senget manusia pada aku tak ubah sedebu habuk pun cara tuhan menilai hambanya.Allahu Akbar.cari redha tuhan,aku.tuhan.sebab aku dah janji dunia cuma ujian.

Mereka,
Mungkin lupa.





Ulasan pencekik; wadi hana

So i decided to name it ulasan pencekik since i consider myself as pencekik (foodie) because i can eat almost any kind of food.ok je.semua aku cekik.takde emmm tak retilah makan tuuu..ihh ada ke letak ni,hilang la rasa bla bla bla bleerghhhh

Cuma maybe cara aku makan tak semestinya sama dgn cara semua org makan.for example aku tak enjoy makan sup dgn nasi dalam mangkuk.sup dgn nasi ok,tp fungsi dia mcm kuah jelah.cuma lg light dari kari or kuah lemak (cenggitulah perumpamaannya).

And sejak2 ada mat shahiril ni,kami laki bini jd syok pulak jalan2 cari makan area johor ni..dpt tau je ada cafe yg mcm best aku akan riki2 kt google bg ada idea sikit apa jenis makanan yg bakal kitorang cekik tu pastu pegi makan and komen2 dlm kete.and thats when i thought about writing the review of each cafe or food that we've tried.untung2 boleh bg idea for those yg nak try makan kt tpat2 yg kami penah pi ni.

So utk ulasan pencekik entri 1:

Kami ke restaurant wadi hana di tampoi.sebuah kedai makanan arab.apa yg menarik minat kami utk pergi adalah kerana ia salah satu original egyptian restaurant.need to remind u guys this is food review,not about the restaurant (tapi sikit2 kita citelah).and decision to go to this restaurant is spontaneous, tengah2 dalam perjalanan tu duk pikir nak makan apa pastu tiba2 terfikir yg kami laki bini belum pernah try middle east cuisine kt area johor ni.so in a lightning speed aku google restaurant makanan arab area jb yg ok.first name yg appear is restaurant wadi hana and the location pun tak jauh, 10 mins drive from angsana.cun.10 min kemudian kami sampai.nampak betapa kilat tak kilat tu.selalunya sempat la aku usha menu and reviews semua dulu,yg ni tak sempat. ah dah sampai pun.masuk aje lee

deco dalaman yg kewl sbb rasa mcm kt negara arab (and this one specializes in egyption cuisine), where the seats are on the floor. kira makan bersila kt bawah la and decoration yg penuh dgn lampu2 dan gmbar2 unta ala2 kedai shisha.yg amek order pun orang arab haaa.






tu hah..kemain jakun macam dia pulak nk order padahal sudahnya mimik (nenen) jugak kt situ guna nursing cover ibu.hihi




kami pilih untuk duduk bersila sebab alang2 shahir boleh guling2 haha



so for the menu;
yg kami laki bini pernah try sblm ni cuma nasi mandy.the rest never heard,never tried.so based on the images dlm menu book tu, aku pengaruh laki aku utk order fatta rice.since it looks so arab-ish hihi.turned out its white bhasmathy rice simmered with tomato gravy and grilled lamb.hah part lamb dia mmg sedap.lembut,cukup masak. and if u asked me i would say its good.laki aku tak suka la tapi sebab kombinasi nasi putih dan kuah tomato pekat tu tak kena kt lidah dia. but again the lamb is admittively gooooooddd.



price:rm15
taste: 7/10 (kurang portion sayur)
presentation:convincing




fatta rice dihidangkan sekali dengan sup sampingan.dalam sup ni ada macam nasi panjang2 tapi bukan texture nasi so idk what it is.




second menu is chicken soup. kami order soup sebab we thought the rice portion will be big for fatta rice, so konon2nya nak kongsi nasi 2 org and makan dgn pilihan sup yg diorang ada. tapi sebenarnya portion nasi on fatta rice tak banyak mana pun. hihi. kira salah order la ni haha. so if u asked me i would like to suggest utk order their sandwiches. sbb lebih munasabah dari order sup dan hirup sup tu tanpa any carbs to compliment.lol.


untuk air, aku suggest u guys order their yogurt drink atau order barbrican je senang hihi.range air bawah rm10

price:rm11
le' chicken soup.distinct taste u wont get in ur malay or chinese chicken soup. penuh dgn rasa rempah ratus tapi light. and satu hal dalam makanan arab ni, most of them ada rasa masam2 sikit. tu pasal laki aku tak suka kot.haha.
ayam tak kedekut, potongan ayam pun cantik.and ayam depa pun lembutttt ja haa.rasanya semua daging2 depa ni sebelum dimasak jadi sup ka apa ka depa marinate siap2.tu yg lembut.
pekena dgn homemad- arab-style-bread mungkin dish ni akan jadi 'wow'.hihi






so nak repeat lagi? tanya parit confirm dia meghenyihh tak tau nk jawab apa (taknak la tu). tapi kalau tanya aku, boleh.kita try sandwich depa pulak.and recommended for those who want to try middle east cuisine kt area johor yg easy access with affordable price and most importantly sedap.























Monday, October 12, 2015

fatigueness

Pernah dengar tak istilah midlife crisis.it happens to women at age 30++ where most of the time they experience slight depression and "life confusion",where they are most likely to compare their life with other women at the same age.and usually,what will they found is that their life is lack of everything unlike the other person they are comparing to.ni salah satu page pasal natang midlife crisis ni http://www.bodyandsoul.com.au/sex+relationships/wellbeing/female+midlife+crisis,7441

Aku tahun ni 2015 umur aku 26 tahun.belum nak kena midlife crisis lagi lah kan.tapi aku macam dah faham la apa dia so called MLC nihh..jadi aku akan ceritakan sikit ttg kehidupan yg aku lalui skrg yg kebetulan memang tengah 'mid' if u know what i mean dari perspective seorang aku.haha

Aku kenal farid masa tahun 2007.masa tu lower six.mesej2 pastu jumpa sekali dua pastu kapel.boring siak cite dia.tapi relationship kami sbg pasangan bercinta best.ada bumps here and there and at last we get married.

Sekarang dah upgrade jd pasangan laki bini pulak.so hows life as husband and wife? Here comes the interesting part.jadi laki bini best.serius best.apa pun dah boleh.ko nk checkin hotel tiap2 malam pun boleh.syok pun syok dpt tido acah2 org kaya.takde sape boleh halang.paling2 pun mak mertua la jaki sikit.lol.boleh amek gmbar selfie dekat cermin bilik hotel pastu gmbar time candle light dinner pastu kt pantai dan dalam kereta sambil pipi bertemu pipi.dan post ke pesbuk dan mendapat sebanyak like nye pun adui.tapi best sgt ni takde ke yg tak best.gila takde.ko ingat ni syurga?? (Kata micheal ang) ada dik..ni dunia dik..byk yg bestnya..byk jugakla yg menyakitkan hati nya..contoh paling mudah bila laki terkecikkan hati bini.pastu bini sentap pastu sedih.nak marah pikir laki,tanak marah tak boleh sbb sakit hati kan.nak merajuk laki ko tak pujuk,nk mintak cerai..melampau sgt tu.hah ko sabar je lah! Yg ni lah yg ko kena hadap bila dah kawen.sblm kawen bila bergaduh boleh ugut mintak putus.alaaa putuss..skrg dah tak valid lgsung term putus tu.putus urat kentut laki ko dengar..jadi kena buat apa..sabarrrrrrrrr..family mertua ada yg mengata ko? Sabarrrrrr..laki kita jenis tido berdengkur kuat gila? Sabarrrrrrr..laki ko byk cekadak pasal makan? Sabarrrr..

Balik rumah mak mertua je nk blk rumah mak sendiri pun jarang.sabar.ye betul.dah pandai pun.sbb kalau ko tak sabar pastu ko mengamuk2,laki ko diam je acah2 'penyabar orangnya'.sekali rupanya dia cerita kat mak dia.ha lagi naya ko.bekap paling besar tu.kalau dia tak cite kt mak dia,dia mark je ko.ini la masanya dia nk cari lain n kawen lg satu.bini aku tau marah2 je.aku tak tahan la.rosmah ni baik,manja,putih,gebu sikit la,dan yg paling penting dia faham aku.haaa paling naya.

Kita kalah dah.kalah.mengalah.tu lah kita bila dah jadi bini.tinggi suara kt suami dosa.tak layan suami baik2 dosa.buruk2 kan suami dosa.tak ikut cakap sah2 dosa (kecuali yg disuruh tu perkara yg tak betul).so kalau suami tengking kita sbb kita buat muka bila dia belikan bihun utk sarapan sdgkan kita nak kuih pau sambal,boleh ke kita tengking balik? Boleh ke kita hempas pinggan tanda protes? Boleh ke kita tutup pintu bilik n suruh dia tidur luar? bukak fesbuk dan add random guys and layan pm dr ntah sape2? Semua di atas tak boleh.abes boleh buat apa? Nangis kt sudut sambil ingat ibu ayah kt rumah dan sabarrrrrr..

Haa.ni sebab tajuk dia fatigueness maka aku focus kt bab2 yg meletihkan.ko jgn kata aku merungut pulak.bukann...nak bgtau je semua bini especially kt msia ni,mostly lah..mostly..akan rasa mcm ni.so pada yg belum kahwin and selalu rasa mcm loser korang chill je,ada jodoh ko kawen.cari pahala cara mudah.tp klw belum ada ko boleh bertenang psl camne ko tgk yg dah kawen ni asek bikin ko jaki sbb slalu post cite best2 je psl laki dia,ketahuilah byk jugak dia makan hati tu kikiki

Wednesday, August 12, 2015

melaka short trip 2015

9 aug 2015

Around 1pm  kami sampai melaka.suami terus waze utk ke asam pedas claypot kota laksamana.yup ada 2 kedai asam pedas claypot.satu yg bwh pokok besar dan satu lagi berhadapan kedai tersebut.utk makan tgahari hanya asam pedas claypot 2 yg beroperasi jd kami pun ke sana.dont worry,it tastes exactly the same as kedai bawah pokok besar,i guess they have the same owner,so masak guma resepi yg sama.masa operasi shj berbeza.bijak strategi meniaga diorang kan.


Yg kami amek gmbar tu yg buka waktu mlm shj.for lunch kami makan di kedai asam pedas claypot 2 betul2 depan tmpat kami parking kereta ni hah




  
Kami order asam pedas tetel,pari,kailan ikan masin dan telur dadar.
Total: +- rm30
Markah: 9/10
Friendly workers,friendly environment,clean (walaupun macam warung tepi jalan tapi tak ada lalat n berbau),and most importantly sedap la weyyy original melaka mari.tk sama dgn asam pedas johor hihi.


Selepas makan tgahari yg memuaskan hati,kami pun tegak ke hotel yg sudah kami reserve di booking.com.about less than 10km from kota laksamana,kami pun sampai di sunshine inn hotel.budget hotel yg mendapat good reviews from their customers sbb tu kami pilih utk menginap di sana.

Seperti tempahan yg dibuat,kami pilih boss suite di sunshine inn hotel utk 2 hari 1 malam,bilik dengan satu queen size bed dan sofa ia agak selesa dan memuaskan hati dengan harga yg berpatutan.jadi kami pun rehatkan bdn dulu selepas 2++ jam perjlanan dr johor ke melaka dan asam pedas yg mmmm...good...hihi

 this ws taken before checking out.bujang kecik mcm syok pulak tidur kt sofa dia tu haa huhu




These are how the room looked like..utk boss suite di tingkat bawah kami dapat bilik warna kuning.at first macam rasa terangnya bilik ni tapi kena pandai set lighting.and as long as si bujang kecik ok,kami mak pak dia lagiiii okay hihi
Hotel bill: rm139 for boss suite (2days1night)
Marks:7/10
Servis okay,cleanliness excellent,coziness okay.kenalah dgn harga.kan? :)


Pukul 4 petang kemudiannya,kami keluar utk tapau klebang coconut shake,tapau sbb dah agak dah cnfirm penuh dgn singaporean since its their long public holiday masa tu.and as we tought so,mmg betul ramai gila orang so kami tapau je di luar je.klw di dlm utk makan dan minum

Ayah dan shahir di pintu masuk klebang coconut shake.tapi sbb ramai orang kami tapau di gerai kt luar je hihi


Kt luar pun beratur punya ramai,jd ayah suruh ibu dan shahir tggu dlm kereta aje..hensem anak ibu pkai baju jdt kan kan kan :p


Kami beli 2 bungkus coconut shake special (vanilla icecream on top) dgn harga rm7.40 total.kalau yg biasa rm3 

Kami pun balik ke hotel..hihi

Balik hotel mandi2 dan bersiap,kami keluar utk dinner,malam tu kami pilih restaurant baba nyonya iaitu big nyonya restaurant.senang je nak cari kedai makan ni sbb kedainya besar dan betul2 tengah melaka raya.waze jee huhu..kami order 3 dishes (sotong goreng sambal petai,kangkung belacan sbb sayur lain byk dah habis,dan cencalok utk penyedap selera) 

 Total: rm50++
Rasa: 9/10 (almost perfect,rasa sambal dia ada beza dgn sambal melayu dan cencalok dia...perghhhh sodap bhaii)
Servis pun sangat bagus.


 Owner kedai ni tu yg kt belakang suami tu,hihi.dato kenny chan.pelakon siri baba dan nyonya di tv1 zaman 90an dulu

Bujang kecik sgt behave malam tu..tido je dlm stroller dia,bagi can mak paknya candle light dinner dlm kedai baba nyonya kikiki..

Malam tu kami pun pulang dgn kenyang hihi..


10 aug 2015

Lepas check out,kami bergerak ke destinasi pertama utk hari kedua kami di melaka iaitu di upside down house gallery.

Entrance fee:rm15 per head
Whats inside:perabot2 yg melekat di ceiling so masa kt dalam; katil,peti ais sume tu kt atas kepala.dgn cara posing yg betul n angle yg tepat dptlah gmbar yg mnunjukkan seolah2 kita dlm keadaan terbalik






Entrance fee rm15/ head so total rm30.kira 30rggit ni ampa posing n amek la gmbar puas2..tapi nk dijadikan cerita around 15mins dlm upside down house ni shahir tiba2 cranky.apesal cranky? Sebab staff kt situ bwk dia lari so dia panis xnmpak mak pak dia..pastu pulak dia rimas tgk ramai sgt orang..klw ramai kids takpe..dia suka kids..anak kami lah tu..so since dia dah xleh handle the environment kt situ kami pun terpaksa chow..dptlah dlm 5 ke 6 keping gambar yg menjadi..dgn bantuan staff kt situ ye..klw gmbar yg apaknye amek semua reject!

Next,kami ke ee ji ban chicken rice ball restaurant utk lunch pd day 2 di melaka.ee ji ban rstaurant ni kami dpt tau dr hasil pencarian google la apa lagi hihi.tgk ramai artis melayu pernah makan n siap masuk dlm rancangan mad markets tv9 yg keknis jd host tu.so basically dia halal la.tapi owner mmg cina.kedai ni pun senang jugak nk cari,ada signboard "chicken rice ball" besar2 sebelum masuk ke simpang kedai makan ni.

Sesampainya kami di sana,kami order 10pcs of chicken rice ball(5pcs per person),1 plate steam chicken and 1 plate grilled chicken,taufu sup,kailan goreng.


 Chicken rice ball:rm0.60 sekepal
Ayam:rm4.50/plate
Sup taufu:rm8
Kailan goreng:rm5
Total: rm30++
Rasa: 8/10
nasi ayam kepal tu memang sangat sedap..ayam pun dimasak cukup sempurna dan tak terlalu berminyak..flavour dr ayam steamed sgt balance utk makan dgn nasi.portion nasi dan ayam tak banyak tp sup banyak (chinese eaters punya potion) hihi.
Servis memuaskan hati :)

Environment kedai cina biasa tapi kebersihan terjaga and selesa..layaklah masuk tv huhu.

Next activity is river cruising..kenapa pilih river cruise? Sebab klw anda pun ada anak kecil yg tak suka kemeriahan manusia mcm kt mall ke dan sensitive pd persekitaran,river cruise is a wise choice..bujang kecik kami sgt leka tgk air sungai walaupun tak jernih dan pemandangan.tambahan lagi naik bot yg bergerak tu..dia leka jugaklah..pulak tu ada budak kecil 2 org main dgn dia so dia suka lah hihi 
Leka dia tgk bamgunan dan air sungai kt bwh dia..shahir is officially a nature lover sama mcm ibu ayah :)




Fee:rm10/head
Around 20mins ride

If u ask me,berbaloi ke tak,utk pelancong,first timer and mmg nk ke melaka for sight seeing..silakan..rm10 pun sbnrnya berbaloi utk 20mins ride except for the polluted river je lah..kami pernah naik tp niat kami nak bagi shahir pulak rasa pengalaman..maklumlah org baru 5bln nampak dunia hihi

Selepas river cruise,kami ke destinasi terakhir iaitu pantai kelebang.sblm smpai pantai singgah utk tapau coconut shake lagi sekali hihi.niat sebenar utk cari food souvenir yg boleh dibawa balik ke johor especially dodol durian yg femes sgt tu lah.tp kami tak jumpa pulak except for the jonker street.tp di jonker street kami tak bli apa2 pun kerana cuma lalu shj kwsn tersebut dgn kereta.lagi pula,khuatir memandangkan peniaga di sana kesemuanya non muslim dan brg yg dijual pun antaranya ialah alat sembahan mereka.tapi kalau anda teringin nk pergi apa salahnya klw takde anak kecil pun senang..boleh jln kaki utk keluarkan peluh sambil cuci mata

Oh berbalik ke pantai klebang sbg destinasi terakhir kami.disebabkan tak jumpa any food souvenir utk dibawa pulang kami pun pusing2 shj di kawasan pantai.tak jauh selepas masuk ke kwsn pantai anda akan jumpa satu kawasan lapang yg ada byk bas2 lama.disitu sbnrnya bus hotel ataupun dipanggil bustel.boleh google bustel melaka utk tgk harga dan gmbar dalam bas dan lain2 info.utk kami ni sahaja gmbar yg ada hihi



Klebang coconut shake day 2 hihi


Kalau anda nampak di belakang signboard bustel tu ada beberapa buah bas hah tu lah hotelnya.tak silap rate nya rm130/night.betul2 berhadapan laut.ada jugak cafe bus yg mana kedai makan yg menghidangkan makanan kpd customer didlm bus yg diubahsuai mnjadi tmpat makan.bagus org malaysia sekarang semakin kreatif.kan? Hihi


Bagi saya,bustel ni is a worth trying place to check in if u go to melaka,since dia baru dan belum ada yg spertinya.tapi kerana ianya di open space area dan betul2 menghadap laut,mungkin ia kurang sesuai jika anda membawa bayi bersama.tapi kalau anda yakin apa salahnya.hihi.

Maka berakhirlah coretan trip pendek ke melaka kami.alhamdulillah perjalanan kami mungkin nampak ringkas dan biasa2 yet it was a fun trip and if u asked me,i would love to have another trip like this! And if u came across this post i hope it helps a little on planning ur trip to melaka ;)

si lebong