RSS Feed

Friday, October 30, 2015

Ulasan pencekik: tea garden

29/10/15


So for dinner today, kami makan di tea garden di gelang patah betul2 bawah d'elegance hotel.its our second time here.first time pergi haritu aku order nasi putih dgn sup itik and suami order set nasi dgn ayam, lpstu order dimsum jugak. Tp takde amek gambar langsung so tk dpt buat review huhu.

but few days after that aku pun questionedkan kt laki aku pasal ayam and daging dia confirm ke sembelih, terus laki aku tak boleh jawab. dia kata boss cina dia kata sini halal.lol okayyyy macamtu ye. ok lah dah termakan pun yg sebelum ni. so bila aku gugel this is what i found: hukum makan makanan yang dimasak non-muslim

Sbb tu lah kami dtg semula and this time around aku and suami order menu selain daging. including chicken and duck.

But before that meh aku kasi intro sikit kt kedai ni.tea garden ni dah buka byk cawangan kt msia ni and ada lebih dr 10 cwgn dlm johor, dan beberapa ketul lagi kt kl. Since johor ni tk berapa byk kedai makan chinese muslim mcm kt shah alam, tea garden ni lah yg mnjadi pojaan hati kami2 semua hihi. In terms of price, lebih kurang mcm harga kopitiam laa


Kt sini mostly diorang serve authentic Chinese cuisine tapi ada jugak western and Malaysian favourite macam nasi lemak, rendang etc. rasa makanan dia pun mmg cina. Kicap, minyak bijan, garlic. Tu main ingredients dia. If u asked me, mmg la fav aku chinese cuisine ni. Sbb tu aku suka g sini hihi. . Dah tak reti makan makanan melayu ke dia ni. Haritu arab ni cina.geliii jek. Dah kang aku review psl nasi campur ke sate ke gila bosan. Review pencekik punya entries mmg akan focus on different kind of food in johor. By different i mean different cuisine and maybe different concept than the usual kedai makan tomyam,mamak and their comrades

Moving on to the menu yg kami order. aku order fish porridge which is wow. sedap bhai. shahir pun suka. the main reason aku order their fish porridge is because shahir pun boleh makan sama and aku pun suka je bubur2 ni especially yang soupy and tak berempah sgt macam bubur2 cina ni. they use snapper fish untuk isi ikan dalam bubur tu, and side dishes dia ada salted duck egg, dried cakoi, and lagi satu aku pun tak tau apa tapi macam akar2 kayu yg fermented and rasanya sangat masin tapi sedap


Image result for fish porridge tea garden
curi dari goggle image since takde smpan pulak gmbar fish porridge tu. tapi exactly the same as macam gambar. yang akar kayu tu yg hitam2 tu. and dalam botol tu mcm biasa ada kicap cair dengan lada sulah. potongan ikan dia pun tak lokek.
taste: 8.5/10
presentation: perfect. rasa macam makan dekat rumah ah meng. haaa??






Suami pulak order their chinese rojak. Basically chinese rojak is the mixture of tepung, fish cake, kentang, tauhu, bwg2 and their rojak sauce which tastes slightly different from malay rojak sauce.



price:rm 6++
taste: 8/10 since the shrimp paste wasnt too thick. the sweetness from shrimp paste and crushed groundnuts blended well with other ingredients. if you want it to be extra spicy u can request extra slices of chillies. big portion for one.




selepas beberapa kali, kami ada juga order their rice with fish belly, and chee cheong fan which is their rice noodle roll.simple yet sedap gila. gambar nanti aku pegi lagi aku update lagi. ingat ye, kalau tak confident nak makan dia punya daging you can always choose their fish/seafood dishes

for the drink, kalau pegi chinese restaurant kami mmg akan order their teas. jasmine tea for those yg nak minum teh tanpa gula tapi tak pahit sebab kalau chinese tea dia ada pahit sikit. kalau tak korang order la air longan ke fresh oren ke tak kisah la kauuuu







 ibu and shahir. since kami ada anak kecik yg suka jakun2 bila kt kedai makan, we choose to sit at the table yg dekat dgn pintu keluar. thats the tips. so that ur kid wont be seen like disturbing the other customers :)



 oh and in terms of ambience kedai, mmg sgt comfortable. ada table dekat luar (open space) and ada yg dalam kedai. dekat luar selalunya smokers and those yg dtg dgn kawan2 will choose to lepak luar kedai lah. and for us kitorang lepak dalam kedai TAPIII dekat dgn exit hihi.

so  if any of you terasa macam nak cekik makanan cina around johor ni. u guys can try tea garden sebab rasa makanan cina yg betul2 cina (lol), halal (no pork,lard,wine) and harga pun tak mahal sangat.

andm, for those yg against makan di kedai non-muslim

"Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal."


  kalau korang tak yakin jangan makan but again tak perlu dipertikaikan akidah orang yang makan dengan ayat2 macam "seua benda dia nak makan"  "eee halal keeee"  "ntah dia basuh ke tak tangan dia sebelu masak" bla bla bla. cuba bayangkan students kita yg kt korea, jepun, uk and banyak lagi negara non-muslim. of course tak semudah kt sini diorang nk pastikan yg tukang masak, barang utk memasak dan yg lain2 tu habis suci. and ingat, klw duk condemn makanan ni halal ke halal ke, kalau korang mmg hari2 masak takpe. ni aku rasa byk kali jugak ko makan kt luar. dah ko sure ke makcik yg buat nasi goreng kampung ko tu solat, basuh tgn bersih, basuh segala bawang ke apa? haa islam ni mudah. dah diletak garis panduan, guna. jangan jadi orang yg acah2 teliti certain bab tp sbenrnya korang pun pemalas nk masak asek beliii je nasi goreng kt luar tu.hokeyy



















Tuesday, October 13, 2015

I hope no one will read this entry.

Kecil hati.biasa dah kan.aku dikurniakan tuhan kesederhanaan pd rupa,dan gaya hidup.dan untuk aku merasa mata2 yg memandang rendah pada aku pun dah jadi kebiasaan.mereka perhati cara aku berjalan,cara aku makan,cara aku pegang anak.dan selalunya mereka akan jumpa cacat cela salah silapnya.


Perlu ke dilayan elok manusia yg penuh cacat cela ni.entah.ada faedah pada kita ke.takde.

Maka mereka buat keputusan;
Hai lah mereka.



Waktu2 begini lah aku cuma minta lebih pada tuhan.tak mengapa lah rupa yg sederhana, kemampuan yg sederhana, tapi biarlah tuhan kurniakan tingkat sabar yg tinggi setingginya.yang itu aku nak lebih, tuhan.

Untuk aku;
Nah aku nak ingatkan aku

Tambah baik diri aku,kalau lagi sehari aku hidup semoga baki sehari tu jadi yg paling beri faedah.kalau lagi sebulan semoga bulan itu jadi yg paling beri faedah.begitulah kalau makan tahun sekalipun.ingat aku,pandang senget manusia pada aku tak ubah sedebu habuk pun cara tuhan menilai hambanya.Allahu Akbar.cari redha tuhan,aku.tuhan.sebab aku dah janji dunia cuma ujian.

Mereka,
Mungkin lupa.





Ulasan pencekik; wadi hana

So i decided to name it ulasan pencekik since i consider myself as pencekik (foodie) because i can eat almost any kind of food.ok je.semua aku cekik.takde emmm tak retilah makan tuuu..ihh ada ke letak ni,hilang la rasa bla bla bla bleerghhhh

Cuma maybe cara aku makan tak semestinya sama dgn cara semua org makan.for example aku tak enjoy makan sup dgn nasi dalam mangkuk.sup dgn nasi ok,tp fungsi dia mcm kuah jelah.cuma lg light dari kari or kuah lemak (cenggitulah perumpamaannya).

And sejak2 ada mat shahiril ni,kami laki bini jd syok pulak jalan2 cari makan area johor ni..dpt tau je ada cafe yg mcm best aku akan riki2 kt google bg ada idea sikit apa jenis makanan yg bakal kitorang cekik tu pastu pegi makan and komen2 dlm kete.and thats when i thought about writing the review of each cafe or food that we've tried.untung2 boleh bg idea for those yg nak try makan kt tpat2 yg kami penah pi ni.

So utk ulasan pencekik entri 1:

Kami ke restaurant wadi hana di tampoi.sebuah kedai makanan arab.apa yg menarik minat kami utk pergi adalah kerana ia salah satu original egyptian restaurant.need to remind u guys this is food review,not about the restaurant (tapi sikit2 kita citelah).and decision to go to this restaurant is spontaneous, tengah2 dalam perjalanan tu duk pikir nak makan apa pastu tiba2 terfikir yg kami laki bini belum pernah try middle east cuisine kt area johor ni.so in a lightning speed aku google restaurant makanan arab area jb yg ok.first name yg appear is restaurant wadi hana and the location pun tak jauh, 10 mins drive from angsana.cun.10 min kemudian kami sampai.nampak betapa kilat tak kilat tu.selalunya sempat la aku usha menu and reviews semua dulu,yg ni tak sempat. ah dah sampai pun.masuk aje lee

deco dalaman yg kewl sbb rasa mcm kt negara arab (and this one specializes in egyption cuisine), where the seats are on the floor. kira makan bersila kt bawah la and decoration yg penuh dgn lampu2 dan gmbar2 unta ala2 kedai shisha.yg amek order pun orang arab haaa.






tu hah..kemain jakun macam dia pulak nk order padahal sudahnya mimik (nenen) jugak kt situ guna nursing cover ibu.hihi




kami pilih untuk duduk bersila sebab alang2 shahir boleh guling2 haha



so for the menu;
yg kami laki bini pernah try sblm ni cuma nasi mandy.the rest never heard,never tried.so based on the images dlm menu book tu, aku pengaruh laki aku utk order fatta rice.since it looks so arab-ish hihi.turned out its white bhasmathy rice simmered with tomato gravy and grilled lamb.hah part lamb dia mmg sedap.lembut,cukup masak. and if u asked me i would say its good.laki aku tak suka la tapi sebab kombinasi nasi putih dan kuah tomato pekat tu tak kena kt lidah dia. but again the lamb is admittively gooooooddd.



price:rm15
taste: 7/10 (kurang portion sayur)
presentation:convincing




fatta rice dihidangkan sekali dengan sup sampingan.dalam sup ni ada macam nasi panjang2 tapi bukan texture nasi so idk what it is.




second menu is chicken soup. kami order soup sebab we thought the rice portion will be big for fatta rice, so konon2nya nak kongsi nasi 2 org and makan dgn pilihan sup yg diorang ada. tapi sebenarnya portion nasi on fatta rice tak banyak mana pun. hihi. kira salah order la ni haha. so if u asked me i would like to suggest utk order their sandwiches. sbb lebih munasabah dari order sup dan hirup sup tu tanpa any carbs to compliment.lol.


untuk air, aku suggest u guys order their yogurt drink atau order barbrican je senang hihi.range air bawah rm10

price:rm11
le' chicken soup.distinct taste u wont get in ur malay or chinese chicken soup. penuh dgn rasa rempah ratus tapi light. and satu hal dalam makanan arab ni, most of them ada rasa masam2 sikit. tu pasal laki aku tak suka kot.haha.
ayam tak kedekut, potongan ayam pun cantik.and ayam depa pun lembutttt ja haa.rasanya semua daging2 depa ni sebelum dimasak jadi sup ka apa ka depa marinate siap2.tu yg lembut.
pekena dgn homemad- arab-style-bread mungkin dish ni akan jadi 'wow'.hihi






so nak repeat lagi? tanya parit confirm dia meghenyihh tak tau nk jawab apa (taknak la tu). tapi kalau tanya aku, boleh.kita try sandwich depa pulak.and recommended for those who want to try middle east cuisine kt area johor yg easy access with affordable price and most importantly sedap.























Monday, October 12, 2015

fatigueness

Pernah dengar tak istilah midlife crisis.it happens to women at age 30++ where most of the time they experience slight depression and "life confusion",where they are most likely to compare their life with other women at the same age.and usually,what will they found is that their life is lack of everything unlike the other person they are comparing to.ni salah satu page pasal natang midlife crisis ni http://www.bodyandsoul.com.au/sex+relationships/wellbeing/female+midlife+crisis,7441

Aku tahun ni 2015 umur aku 26 tahun.belum nak kena midlife crisis lagi lah kan.tapi aku macam dah faham la apa dia so called MLC nihh..jadi aku akan ceritakan sikit ttg kehidupan yg aku lalui skrg yg kebetulan memang tengah 'mid' if u know what i mean dari perspective seorang aku.haha

Aku kenal farid masa tahun 2007.masa tu lower six.mesej2 pastu jumpa sekali dua pastu kapel.boring siak cite dia.tapi relationship kami sbg pasangan bercinta best.ada bumps here and there and at last we get married.

Sekarang dah upgrade jd pasangan laki bini pulak.so hows life as husband and wife? Here comes the interesting part.jadi laki bini best.serius best.apa pun dah boleh.ko nk checkin hotel tiap2 malam pun boleh.syok pun syok dpt tido acah2 org kaya.takde sape boleh halang.paling2 pun mak mertua la jaki sikit.lol.boleh amek gmbar selfie dekat cermin bilik hotel pastu gmbar time candle light dinner pastu kt pantai dan dalam kereta sambil pipi bertemu pipi.dan post ke pesbuk dan mendapat sebanyak like nye pun adui.tapi best sgt ni takde ke yg tak best.gila takde.ko ingat ni syurga?? (Kata micheal ang) ada dik..ni dunia dik..byk yg bestnya..byk jugakla yg menyakitkan hati nya..contoh paling mudah bila laki terkecikkan hati bini.pastu bini sentap pastu sedih.nak marah pikir laki,tanak marah tak boleh sbb sakit hati kan.nak merajuk laki ko tak pujuk,nk mintak cerai..melampau sgt tu.hah ko sabar je lah! Yg ni lah yg ko kena hadap bila dah kawen.sblm kawen bila bergaduh boleh ugut mintak putus.alaaa putuss..skrg dah tak valid lgsung term putus tu.putus urat kentut laki ko dengar..jadi kena buat apa..sabarrrrrrrrr..family mertua ada yg mengata ko? Sabarrrrrr..laki kita jenis tido berdengkur kuat gila? Sabarrrrrrr..laki ko byk cekadak pasal makan? Sabarrrr..

Balik rumah mak mertua je nk blk rumah mak sendiri pun jarang.sabar.ye betul.dah pandai pun.sbb kalau ko tak sabar pastu ko mengamuk2,laki ko diam je acah2 'penyabar orangnya'.sekali rupanya dia cerita kat mak dia.ha lagi naya ko.bekap paling besar tu.kalau dia tak cite kt mak dia,dia mark je ko.ini la masanya dia nk cari lain n kawen lg satu.bini aku tau marah2 je.aku tak tahan la.rosmah ni baik,manja,putih,gebu sikit la,dan yg paling penting dia faham aku.haaa paling naya.

Kita kalah dah.kalah.mengalah.tu lah kita bila dah jadi bini.tinggi suara kt suami dosa.tak layan suami baik2 dosa.buruk2 kan suami dosa.tak ikut cakap sah2 dosa (kecuali yg disuruh tu perkara yg tak betul).so kalau suami tengking kita sbb kita buat muka bila dia belikan bihun utk sarapan sdgkan kita nak kuih pau sambal,boleh ke kita tengking balik? Boleh ke kita hempas pinggan tanda protes? Boleh ke kita tutup pintu bilik n suruh dia tidur luar? bukak fesbuk dan add random guys and layan pm dr ntah sape2? Semua di atas tak boleh.abes boleh buat apa? Nangis kt sudut sambil ingat ibu ayah kt rumah dan sabarrrrrr..

Haa.ni sebab tajuk dia fatigueness maka aku focus kt bab2 yg meletihkan.ko jgn kata aku merungut pulak.bukann...nak bgtau je semua bini especially kt msia ni,mostly lah..mostly..akan rasa mcm ni.so pada yg belum kahwin and selalu rasa mcm loser korang chill je,ada jodoh ko kawen.cari pahala cara mudah.tp klw belum ada ko boleh bertenang psl camne ko tgk yg dah kawen ni asek bikin ko jaki sbb slalu post cite best2 je psl laki dia,ketahuilah byk jugak dia makan hati tu kikiki

si lebong