RSS Feed

Friday, July 17, 2015

13 march 2015 Cont.

1syawal 1456H

Fewhh..panjangnya entry yg sebelum ni..kalau nak tau harini bujang aku dah masuk 4bulan 4hari..
Life is amazing with him..macam2 benda jadi tapi for this entry aku akan habiskan cerita pengalaman masa melahirkan my one and only Ahmad Shahiril.

Selepas checkup 39mnggu yg sgt scary itu dan blood stain yg keluar pada hari2 berikutnya,aku berjaya tggu sampai usia kandungan berusia 40mnggu genap.and haritu aku terpaksa serah diri kt hospital..pagi tu aku brkfast dgn telur separuh masak n air milo..aku tak rasa apa2 panic ke nervous ke..sebab takde rasa sakit..infact bila pagi nk ke hospital tu aku macam pasrah n redho je tanpa putus2 doa supaya apa2 pun kami mak dan anak selamat.

Jarak rumah n hosp tak smpai 5mnt..smpai je hosp lepas take turn utk jumpa doc,nurse yg incharge tu tanya aku harini dah due ye puan.aku kata aah.dia pun angkat fon kt rgstration counter tu and sambungkan talian ke doc rohaini..dia tanya sikit2 pastu dia letak.dia panggil aku n cakap "puan boleh terus check in la harini ye".aku n suami kata "okay"

Kemudian seorang lg staff nurse bawak kami ke labour room..nk buat ctg katanya utk cek contraction.aku tiba2 rasa excited.haa ctg ni aku tau tak sakit huhu.masuk labour room dia suruh baring,dia pasangkan mesin ctg tu and keluar utk tggu result smbil buat keje dia.aku ingat masa tu aku ada app digital quran so aku bukak surah maryam n baca smbil mesin ctg tu baca contraction aku.tgh leka2 baca surah maryam,nurse yg sama tu masuk lagi..dia kata nk cek dilation.hmm cek dilation ye ok aku pun berhusnudzon dgn fikir yg klw nurse yg buat mesti kejp n tk sesakit doc yg buat mcm haritu.supp! Dia masuk dah (lps mnta kebenaran lah) fuhh sama je sakitnya siap lagi lama plak nurse ni buat.dia kata sbb dia tk dpt estimate berapa cm bukaan nya tu yg dia seluk bukan main lama.fuhh nak menangis aku time tu.and then dia kata baru 1cm rasanya takpe nnt doc masuk dia cek lagi.haaa? Bukan ko cekkan bg pihak doc ke tadi tu? Dari peristiwa tu lah aku tau yg aku tkkan melalui saat2 indah utk jam2 seterusnya smpai aku berslin sbb cnfirm asek kena seluk je and i dont like it.at all.

Tggu lagi dalam stgh jam,doc rohaini pulak masuk n cek dilation.yeap sama.1cm jugak.kira 2 kali keje la ni.2 kali sakit jugak la kan.hmmmphh!

Doc pun advice yg aku kena bersalin haritu jugak utk elak apa2 complication.lps dah 2 kali kena seluk dlm masa sejam aku pun nk beranak cepat je dah.tkde maknalah nk dtg lg seluk lagi dtg lagi seluk lagi.then doc pun suruh kami check in bilik ward dan nnt dia akan masukkan ubat utk induce.katanya insyaAllah malam ni atau esok bersalin lah (sambil senyum).dia suruh aku jalan2 turun naik tangga kt hosp sementara tu utk trigger labour.

Masa ni honestly aku dah down,bukaan masih 1cm slps seminggu sebelumnya yg bukaan 0.5cm.tanda darah kt spender byk kali keluar n ramai ckp oh tu mesti dah buka besar tu klw dah ada tanda darah.mngkin dah 3/4cm.padahal naik 0.5cm je lps seminggu.so paham tak kenapa aku down? Sbb dah nmpak kemungkinan besar yg aku tk dpt bersalin normal.dan kesedaran yg aku akan tempuh saat2 bersalin yg tak mudah.puaslah aku kena seluk masuk ubat seluk lagi klw takde progress masuk ubat lagi,sampai ada bukaan lpstu tggu bukaan 10cm pulak and klw bukaan tk sampai2 10cm or aku dah tak larat,diorang akan buat emergency csect.macammana tau possibilities tu semua? Lepas puas baca psl pngalaman org bersalin dekat blog few weeks before.lol.tulah sape suruh baca.takpe bagus jugak ada idea how it might be.betul?

Dan aku msih ingat lagi bila aku tiba2 dtg idea gila n bgtau kt suami yg aku nk cser terus takyah masuk2 ubat.farid macam shocked and speechless aku kata gitu.dia kata taknak cuba dulu ke.masuk ubat sekali.klw takde progress baru kita consider utk cser.then aku pun keluarlah hujah2 aku saying,mcm tak je normal.klw dah seminggu pun bukaan cuma tambah 0.5cm je.nk tggu 10cm nak berapa lama lg? 10minggu? (Argument gila tak valid,emo lebih) then lepas fikir betul2 waras2 yelah of course kena cuba dulu mana boleh terus2 nk csect.klw nk beranak pun aku tknak amk risiko nk jln mudah n cepat keluar je jgn marah bila anak ni dah besar nnt dia sndiri pun taknak cuba apa2 n cuma tau guna jln mudah.tanpa usaha sebelum.tu lah yg aku pegang n dtglah berani tu utk hadap je bersalin scr paksa ni.aku redha n cuba kuatkan smgt semula.

Lepas dpt katil,aku non stop baca surah maryam and solat hajat.serius.rasa dia mcm nk pegi berperang.nervous gila.nk keluarkan satu lg nyawa and nyawa kita pun belum tentu selamat.sbb tu rasa mcm nk pegi berperang.fuhh perasaan yg hanya akan dpt waktu tu je.betul la pun perasaan tu sbb allah pun dah kata ibu2 yg mati sewaktu nk melahirkan ni mati shahid sbb dikira mcm berjihad.

6ptg doc masukkan ubat utk trigger labour.masukkan ubatbtu kt kita punya miss v jugak cuma dia tk masukkan dalam2 pun mcm seluk time nk cek dilation.then diorang pasang ctg sekali utk monitor contraction reading.dlm masa sejam nurse dtg utk cek bacaan ctg.nurse kata contraction belum kuat.dia tanya aku rasa apa.serius aku kata tk rasa pape lagi ohh patutlah ctg pun belum kuat. lpstu ctg dah cabut time tu lah aku rasa sakit dia.dekat wad cuma tinggal aku n suami.ibu dah balik lps beberapa jam jugak temankan aku kt wad.sakit dia mcm senggugut tapi tak berhenti.sakit sakit dan sakit.klw senggugut ada jugak pause dia.so masa tk sakit kita boleh tidur.yg ni tk boleh.langsung tk boleh.in fact aku kena berjalan2 pulak utk hilangkan sakit tu.dari pukul 6 smpai 4 pagi esoknya aku lgsung tk dpt tidur.cuma mampu duduk bangun jalan sikit2. Dpt tidur2 ayam pun dr pukul 4-6 pg sebab dah kena sound dgn nurse bidan.dia kata kena cuba tidur,nnt esok nk teran tkde tenaga lg bahaya.so aku pun paksa diri pejam mata n layan ngantuk.dan masa ni jugalah terbukti besarnya pengorbanan suami.sbb dia pun sama2 dgn aku dr ptg smpai pg esoknya berjaga.dia tk dpt tidur tgk aku gelisah tahan sakit.takpelah penglaman utk kami berdua.


Pkul 6 pg bangun solat subuh.masa ni rasa sakit yg mcm senggugut non stop dah kurang.pegi toilet tgk dekat pad ada kesan mcm oren2.panggil nurse dia kata tu mungkin sisa baki ubat.dia tnya aku sakit perut lg tak.aku kata dah tak sgt.dia jawab ha sbb kesan ubat tu dah habislah tu.oh gitu.so sakit yg aku rasa smlm tu semata2 sbb ubat ke.Nk jadi cerita mmg masa aku tahan sakit yg tkde pause mlm tu perut aku senget sebelah.maybe masa tu shahir dopaksa utk cari jln (kesan ubat tu lah) tapi tk jumpa.so instead of dia kebwh,dia ketepi pulak.nampak obvious masa tu baby mengiring ke tepi smpai ketara perut bsr sebelah.lps selesai solat nurse bidan dtg bgtau utk aku siap2 sbb pukul 8 nk msuk labour room nk pecah ketuban.aik? Terus ke? Aku pun tanya nurse tu,doc tak cek bukaan dulu ke? Nurs3 tu kata selalunya bila dah masuk ubat mesti dah buka 3/4cm so boleh terus pecah ketuban n masuk ubat lagi.okay.cukuplah explaination dia smpai situ.aku pun pegi mandi n tggu ibu sampai.pagi tu ibu dtg bwk sarapan telur separuh masak.ingat lagi perasaan bila nampak ibu masa tu.haihh takmau lah.sedih titew.yelah bila ibu kita ada saat kita pulak nk jadi ibu,mcm2 dlm kepala.tapi masa tu kalau ingat balik aku mcm tenang je sbb dah puas sakit satu malam smpai ke pagi so bila fikir insyaAllah at least harini aku dpt jumpa anak ni,tak kisahlah petang ke malam ke tgh malam pun,aku jadi lega.sakit (yg belum dtg tu) dah malas nk fikir.cuma aku dah boleh bayangkan macammana sakitnya (agaknyalah) sbb dah rasa contraction yg induce tu macammana kan.kira dah ada hint la heavy contraction nnt macammana heavy nya.lol

Selesai sarapan yg paling memberi kesan (walaupun cuma telur separuh masak), aku bersiap2 tukar baju hijau untuk masuk dlm labour room. Sampai depan pintu yg ada tulis labour room tu farid berhenti jap n baca doa minta Allah beri kemudahan kekuatan dan keselamatan pada aku dan anak.aku aminkan dengan sebaknya.mcm nk berperang kan? Aku dah kata dah.

Dalam tu dah ada satu bilik yg depa dah tulis siap2 nama aku.maksudnya itulah tempat yg aku akan stay sampai beranak.tapi suami boleh teman jgn risau. Klw dua jam dua jam lah,klw sepuluh jam sepuluh jam lah,ada yg 5 min ha 5 min lah.

Masuk bilik tu,baring atas katil then one of the nurses dok prepare barang2,drip yg diorang akan masukkan ikut urat tgn as satu lagi ubat yg akan trigger labour, dan prepare no siri untuk ibu dan anak (bila baby dah keluar dia akan letak tag dgn no siri yg sama pd kaki baby so takkan ada yg tertukar anak nanti)

Less than half an hour later,doc rohaini masuk.mcm biasa lah dia tanya so how do i feel,and let us ask her anything in mind.lepastu dia seluk.so total dah 4 kali kena seluk dalam tempoh 24 jam T_T

And this was the time when she finally ended everything.dia kata takde progress,dilation still at 1cm not moving,and baby's head not engaged yet.kepala baby masih jauh dari dinding faraj tmpat dia keluar tu.aku terima berita tu dgn tenang lagi.kami tanya so doc advice macammana.dia kata ada 2 options lagi,nk tggu n masukkan ubat lagi or operate terus.farid kata kalau masuk ubat lagi max boleh reach berapa lama baru active labour? Doc kata the longest is 48hrs.
Fuh.
Hmm.
Fuh.
Entah aku dah mcm tak sanggup klw kena stay lagi 2 hari.maybe kalau dia kasi balik rumah lepas dah masukkan ubat aku ok hihi.tp jgn haraplah.so kami decide potong lah doctor.doc rohaini terus kata haa saya pun rasa better operate je sbb kepala dia pun masih jauh.and she even added takpe husna,next baby klw baby girl maybe kecik sikit insyaAllah boleh normal.nampak dia sempat buat lawak.lol. so final decision operate je.dia kata im the first patient for operation pagi tu.so takyah tunggu lagi they got everything ready and terus tolak aku pi operation room.terus terang masa tu aku rasa lega.aku rasa aku dah buat keputusan paling betul.aku taknak seksa badan n baby dgn masukkan lagi ubat dan benarkan ubat tu paksa dia rasa tak selesa kt dalam tu.they say operate susah nk pantang lagipun klw boleh cuba jaya jugak smpai boleh normal sbb org yg operate ni kira macam mengelat lah.tak rasa lah sakit teran budak tu bla bla bla (as if anything happen diorang nak ganti nyawa or kecederaan yg kita rasa).mulut terkumat kamit tak lepas dari lafaz la ilaha illa anta subhanaka inni kuntuminazzolimin sepanjang perjalan ke OR.and sampai sana ada lagi nurse and staff yg tahan untuk verifiy yg kita bersedia untuk dibedah.sama ada kita betul2 setuju atau tak n other verification they have to make. I even got to ask the aneasth about how it will be done in there.pengsan ke separuh sedar ke.and she said i will feel numb from chest and below.if i can still feel my leg she wanted me to tell them so they will give another shot to get my body paralysed wholely.tak leh gerak langsung.pengsan terus lah tak sedar apa. But Alhamdulillah semuanya mudah.tak rasa apa2 when suddenly i heard his first sound.10min kot.sekejap sgt.sempat fikir macam2 like kenapa staff dalam ni siap boleh nyanyi2 mmg tak seram langsung ke tgk perut org kena belah, n klw baby dah keluar kenapa takde yg mcm kecoh2 tgk baby.and while i was in my neverland, sorang nurse dtg n tunjuk baby yg putih merah n asked me to tell the gender.anak aku weh comelnyaaaa. i said 'boy' touchingly.she let me kiss him while the baby was no longer crying.and she took him away.i cried later that.baru dapat kewarasan yg tu anak aku.anak aku.tuhannn Ya Allah rabbi.kau cipta dan benarkan satu lagi manusia yg akan jadi saham akhirat aku yg selama ni aku cuma dpt rasa dalam perut.n now hes here.i can touch him.in fact i just did.nangis dan bersyukur.MasyaAllah Subhanallah.Alhamdulillah.lebih indah dari mimpi indah.sweeter than sweet dreams.

Ahmad Shahiril bin Farid
10.36 a.m
13/3/2015
3.48kg

Langsung hilang segala sakit segala risau segala tak percaya.lega tapi lebih lagi.bukan happy tapi rasa cantik.yg cantik sangat.haa jatuh cinta! yeap tu dia yg kita cari.rasa jatuh cinta yg sepertama kalinya.dan akan rasa lagi kalau ada rezeki lepas ni hihi

The whole day i ws smiling.nk tengok dia setiap saat.dok update dekat whatsapp group rasa syukur dan lega.nurses went in and out the room offering me painkiller if i need any.the first 6hours i couldnt get up from my bed sbb kesan bius hanya akan hilang 6jam kemudiannya.Alhamdulillah satu hari tu takde rasa sakit so i didnt take any painkiller sepanjang tu.nurse kata malam aku kena kencing at least once nnt baru diorang boleh kasi kita check out esok pagi2.klw tak diorang akan tahan lagi.melopong pulak tgk bill kang.tu yg aku nekad kot.aku gigihkan untuk bangun pergi bilik air then gigihkan untuk kencing.fuh first time bangun sangatlah sakitnya.otot perut dah putus n ko kena guna jugak otot tu utk buat almost everything.nk bangun, nk kencing, nk berak apatah lagi.nekad punya pasal yg sakit gila jadi 'sakit jugaklah' n yg macam mustahil jadi boleh.esoknya sebelum tengahari dpt checkout.

Oh sebelum tu,pagi esoknya doc masuk untuk check condition aku.dan dia kata choosing to do the csect is the right decision sbb masa nk keluarkan baby tu dia dah berak dlm perut pun.which means klw masa tu aku insist utk normal jugak baby akan termakan najis dia sndiri which leads to baby being weak inside and leads to emergency csect.so i made the right choice sbb dia tk smpat nk makan najis dia.instict that only a mother will have.mhmmm (nodding confidently)

So itulah.habis dah.shahir dah besar sila baca ye.cerita paling menarik dalam parts of your life.ibu sayang shahir kerana Allah



harap shahir pun begitu.Amin.





si lebong