RSS Feed

Friday, October 30, 2015

Ulasan pencekik: tea garden

29/10/15


So for dinner today, kami makan di tea garden di gelang patah betul2 bawah d'elegance hotel.its our second time here.first time pergi haritu aku order nasi putih dgn sup itik and suami order set nasi dgn ayam, lpstu order dimsum jugak. Tp takde amek gambar langsung so tk dpt buat review huhu.

but few days after that aku pun questionedkan kt laki aku pasal ayam and daging dia confirm ke sembelih, terus laki aku tak boleh jawab. dia kata boss cina dia kata sini halal.lol okayyyy macamtu ye. ok lah dah termakan pun yg sebelum ni. so bila aku gugel this is what i found: hukum makan makanan yang dimasak non-muslim

Sbb tu lah kami dtg semula and this time around aku and suami order menu selain daging. including chicken and duck.

But before that meh aku kasi intro sikit kt kedai ni.tea garden ni dah buka byk cawangan kt msia ni and ada lebih dr 10 cwgn dlm johor, dan beberapa ketul lagi kt kl. Since johor ni tk berapa byk kedai makan chinese muslim mcm kt shah alam, tea garden ni lah yg mnjadi pojaan hati kami2 semua hihi. In terms of price, lebih kurang mcm harga kopitiam laa


Kt sini mostly diorang serve authentic Chinese cuisine tapi ada jugak western and Malaysian favourite macam nasi lemak, rendang etc. rasa makanan dia pun mmg cina. Kicap, minyak bijan, garlic. Tu main ingredients dia. If u asked me, mmg la fav aku chinese cuisine ni. Sbb tu aku suka g sini hihi. . Dah tak reti makan makanan melayu ke dia ni. Haritu arab ni cina.geliii jek. Dah kang aku review psl nasi campur ke sate ke gila bosan. Review pencekik punya entries mmg akan focus on different kind of food in johor. By different i mean different cuisine and maybe different concept than the usual kedai makan tomyam,mamak and their comrades

Moving on to the menu yg kami order. aku order fish porridge which is wow. sedap bhai. shahir pun suka. the main reason aku order their fish porridge is because shahir pun boleh makan sama and aku pun suka je bubur2 ni especially yang soupy and tak berempah sgt macam bubur2 cina ni. they use snapper fish untuk isi ikan dalam bubur tu, and side dishes dia ada salted duck egg, dried cakoi, and lagi satu aku pun tak tau apa tapi macam akar2 kayu yg fermented and rasanya sangat masin tapi sedap


Image result for fish porridge tea garden
curi dari goggle image since takde smpan pulak gmbar fish porridge tu. tapi exactly the same as macam gambar. yang akar kayu tu yg hitam2 tu. and dalam botol tu mcm biasa ada kicap cair dengan lada sulah. potongan ikan dia pun tak lokek.
taste: 8.5/10
presentation: perfect. rasa macam makan dekat rumah ah meng. haaa??






Suami pulak order their chinese rojak. Basically chinese rojak is the mixture of tepung, fish cake, kentang, tauhu, bwg2 and their rojak sauce which tastes slightly different from malay rojak sauce.



price:rm 6++
taste: 8/10 since the shrimp paste wasnt too thick. the sweetness from shrimp paste and crushed groundnuts blended well with other ingredients. if you want it to be extra spicy u can request extra slices of chillies. big portion for one.




selepas beberapa kali, kami ada juga order their rice with fish belly, and chee cheong fan which is their rice noodle roll.simple yet sedap gila. gambar nanti aku pegi lagi aku update lagi. ingat ye, kalau tak confident nak makan dia punya daging you can always choose their fish/seafood dishes

for the drink, kalau pegi chinese restaurant kami mmg akan order their teas. jasmine tea for those yg nak minum teh tanpa gula tapi tak pahit sebab kalau chinese tea dia ada pahit sikit. kalau tak korang order la air longan ke fresh oren ke tak kisah la kauuuu







 ibu and shahir. since kami ada anak kecik yg suka jakun2 bila kt kedai makan, we choose to sit at the table yg dekat dgn pintu keluar. thats the tips. so that ur kid wont be seen like disturbing the other customers :)



 oh and in terms of ambience kedai, mmg sgt comfortable. ada table dekat luar (open space) and ada yg dalam kedai. dekat luar selalunya smokers and those yg dtg dgn kawan2 will choose to lepak luar kedai lah. and for us kitorang lepak dalam kedai TAPIII dekat dgn exit hihi.

so  if any of you terasa macam nak cekik makanan cina around johor ni. u guys can try tea garden sebab rasa makanan cina yg betul2 cina (lol), halal (no pork,lard,wine) and harga pun tak mahal sangat.

andm, for those yg against makan di kedai non-muslim

"Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal."


  kalau korang tak yakin jangan makan but again tak perlu dipertikaikan akidah orang yang makan dengan ayat2 macam "seua benda dia nak makan"  "eee halal keeee"  "ntah dia basuh ke tak tangan dia sebelu masak" bla bla bla. cuba bayangkan students kita yg kt korea, jepun, uk and banyak lagi negara non-muslim. of course tak semudah kt sini diorang nk pastikan yg tukang masak, barang utk memasak dan yg lain2 tu habis suci. and ingat, klw duk condemn makanan ni halal ke halal ke, kalau korang mmg hari2 masak takpe. ni aku rasa byk kali jugak ko makan kt luar. dah ko sure ke makcik yg buat nasi goreng kampung ko tu solat, basuh tgn bersih, basuh segala bawang ke apa? haa islam ni mudah. dah diletak garis panduan, guna. jangan jadi orang yg acah2 teliti certain bab tp sbenrnya korang pun pemalas nk masak asek beliii je nasi goreng kt luar tu.hokeyy



















0 comments:

Post a Comment

si lebong