RSS Feed

Tuesday, November 24, 2015

ulasan pencekik: BIGFOOD restaurant jb



22/11/2015


fuh macam2 jadi harini.paling epic is ipone 5 si suami masuk dalam mesin basuh..dekat 5 min jugak kot terendam T__T. of course si bini yg nangis gila2.

padahal harini kitorang baru plan nak makan2 since first time aku dpt gaji lepas berbulan2 tak merasa duit hasil titik peluh sendiri.nothing interesting, cuma ada iklankan kt mudah.my utk buat proofreading service and Alhamdulillah melekat pulak sorang. siap kerja dia terus bank in. so bila tanya suami nk belanja apa dia kata belanja makan. so despite the tragedy, and lepas aku dah meraung sbb rasa mcm tak boleh dimaafkan lansung kesalahan aku tu, and lepas si parit dah puas buat aku rasa bersalah (lol) kitorng pun decide utk proceed with our food hunting plan earlier.

plan asal nk pergi any western food restaurant yg cuma ada kt johor. sebab dari berapa minggu lepas si parit asek ckp psl nk makan dekat restaurant the cave. only in johor jugak and pintu masuk dia mmg dia buat mcm pintu gua hahaa. tapi tutup pulak haritu. so dah hampir nak cancel dah when suddenly kami terperasan restaurant bigfood dekat taman nong chik jalan nk ke larkin. farid kata sini pun serve western food jugak and katanya in big (by big i mean BIG) portion. and cuma ada kt johor je jugak so yep, kami pun mencemar duli yg dah tercemar ke sini.

deco dalaman - as usual 'hipster' style. kerusi guna long bench macam kt kantin sekolah, ada small playground area utk budak2 and upstairs bila dah ramai sgt customer (agaknya) hihi.

niat aku nk jadi saksi the BIGFOOD they claim it to be. so after going through the menu which i like it when they include some basic ingredients in each menu as well as the cooking method so diners might get an idea on how the dish might look like, kami pun order ; 1 plate of sloopy jane, and 1 plate of chicken chop. air kami order their fruitjuice.

since orang tak ramai sangat masa tu, service tak mengecewakan. agak pantas. makanan sampai in a jippy



sloopy jane
ingredient: fries topped with mincet meat cooked in tomato gravy spreaded with parmesan cheese, garlic breads, served with thousand island and sour cream for the dipping.
taste: 7/10-not bad presentation wise, rasa seperti yg diagak. nothing special than other 'sloopy janes' anywhere else.
tapi portion mmg tak tipu besaq bak ang. harga rm12 je pulak tu. eh okay la ni.ko lapo kan? nafsu ko mcm nk makan kfc snackplate 2 set kan? hah ni, 12hinggit. kalah kfc snackplate kikiki
BIGFOOD chicken chop
ingredient: mashed potato with gravy, black pepper sauce, fried chicken, coleslow for vegies
taste:7/10 jugak. mashed potato umphh. A. ayam goreng bahagian isi yg agak banyak dan tawar since dia bukan bhgn tulang, and again undeniably big portion.
harga rm20 - yg ni munkin mahal sikit tapi depa tak kedekut tang kentang nu. sedap pulak tu. cuma rm20 tu kalau rasa ayam tak terlalu bland mungkin lebih puas hati,

sloopy jane for mak shahir. kentang dia mewah betul hah. oh the dipping pun sedap. maybe more minced meat and less fries would be so much nicer :)

small playground area. kami duduk dekat seat yg sebelah betul dgn playground area ni. bola banyak2 tu takde tau.cuma ada pondok kecik tmpat budak2 nk buat main pondok2 dgn kuda ni jelah yg ada


so kalau anda pencekik yg cuma berbajet 10-20 ringgit utk makanan yg nampak macam mampu melayan napsu makan anda yg mana sebelum diboikot hari2 nk mcd, sini pun ok. study on the menu first pastu order. kalau nk steak, pizza, pasta and some sort pun ada. range rm25-40
those yg dtg jb utk jalan2 cari makan- for first timer korg g try tmpat lain dulu yg lagi pemes. pasal kedai2 gini berlambak kt s.alam hah. but if u wanna try some 'made in johor' products sini cafe yg aku boleh rekemen. sbb jujurnya, dia dekat dgn jiwa melei yg nk 'makan makanan omputih tapi takyah pelik2 sgt n harga takyah nk buat aku rasa mcm masuk kedai royal selangor utk cari jam hrga sepoh ringgit' macam aku. if u know what i babble lol.
on a diff note, this eatery is run by a young entrepreneur by the name of Mr.Tarmizi. so? takde so. cuma nk suruh support bumiputera punya bisnes pulak sbb bangsa lain pun support n suka pegi hipster cafe yg budak melayu bukak skrg ni. yg mana, kt johor ni selama ni bumiputera punya bisnes mostly warung beger, kedai makan seafood, ciken cop 5rnggit n kedai tomyam yg mana jugak, tak menitik beratkan kualiti servis dan ambience kedai. so trend skrg, budak2 muda buka kedai makan, jual makanan yg tak selalunya generasi 90s kids mcm aku ni jumpa, dengan konsep kedai makan yg fresh and hip. in terms of servis pun diorang ambil kira. takde dtg "maka ape bey?" "tu takde bey, yg ade tingga nasi aye" dan bey bey yg selainnya. maksud aku diorang ambil kira dari seawal proses pengeluaran dan penghasilan makanan sehingga ke customer servis dan tatarias kedai. so ko duduk je ko dah rasa best. haaa gitu. bukan untuk cuba mematikan selera kita dizaman makan sate, nasi ayam, nasi goreng daging merah, rojak, dan sirap bandung sambil mengadap warung2 lain depan kita, tapi aku puji effort utk ikut pereadaran masa dan persaingan sihat tu.itu.
well done bros sekalian well done.
nk repeat lagi. bolehh lepas dah try tempat lain and terasa nk dtg sini semula untuk try the quality of their steaks ke, kami akan datang :)

0 comments:

Post a Comment

si lebong