RSS Feed

Tuesday, October 13, 2015

I hope no one will read this entry.

Kecil hati.biasa dah kan.aku dikurniakan tuhan kesederhanaan pd rupa,dan gaya hidup.dan untuk aku merasa mata2 yg memandang rendah pada aku pun dah jadi kebiasaan.mereka perhati cara aku berjalan,cara aku makan,cara aku pegang anak.dan selalunya mereka akan jumpa cacat cela salah silapnya.


Perlu ke dilayan elok manusia yg penuh cacat cela ni.entah.ada faedah pada kita ke.takde.

Maka mereka buat keputusan;
Hai lah mereka.



Waktu2 begini lah aku cuma minta lebih pada tuhan.tak mengapa lah rupa yg sederhana, kemampuan yg sederhana, tapi biarlah tuhan kurniakan tingkat sabar yg tinggi setingginya.yang itu aku nak lebih, tuhan.

Untuk aku;
Nah aku nak ingatkan aku

Tambah baik diri aku,kalau lagi sehari aku hidup semoga baki sehari tu jadi yg paling beri faedah.kalau lagi sebulan semoga bulan itu jadi yg paling beri faedah.begitulah kalau makan tahun sekalipun.ingat aku,pandang senget manusia pada aku tak ubah sedebu habuk pun cara tuhan menilai hambanya.Allahu Akbar.cari redha tuhan,aku.tuhan.sebab aku dah janji dunia cuma ujian.

Mereka,
Mungkin lupa.





Ulasan pencekik; wadi hana

So i decided to name it ulasan pencekik since i consider myself as pencekik (foodie) because i can eat almost any kind of food.ok je.semua aku cekik.takde emmm tak retilah makan tuuu..ihh ada ke letak ni,hilang la rasa bla bla bla bleerghhhh

Cuma maybe cara aku makan tak semestinya sama dgn cara semua org makan.for example aku tak enjoy makan sup dgn nasi dalam mangkuk.sup dgn nasi ok,tp fungsi dia mcm kuah jelah.cuma lg light dari kari or kuah lemak (cenggitulah perumpamaannya).

And sejak2 ada mat shahiril ni,kami laki bini jd syok pulak jalan2 cari makan area johor ni..dpt tau je ada cafe yg mcm best aku akan riki2 kt google bg ada idea sikit apa jenis makanan yg bakal kitorang cekik tu pastu pegi makan and komen2 dlm kete.and thats when i thought about writing the review of each cafe or food that we've tried.untung2 boleh bg idea for those yg nak try makan kt tpat2 yg kami penah pi ni.

So utk ulasan pencekik entri 1:

Kami ke restaurant wadi hana di tampoi.sebuah kedai makanan arab.apa yg menarik minat kami utk pergi adalah kerana ia salah satu original egyptian restaurant.need to remind u guys this is food review,not about the restaurant (tapi sikit2 kita citelah).and decision to go to this restaurant is spontaneous, tengah2 dalam perjalanan tu duk pikir nak makan apa pastu tiba2 terfikir yg kami laki bini belum pernah try middle east cuisine kt area johor ni.so in a lightning speed aku google restaurant makanan arab area jb yg ok.first name yg appear is restaurant wadi hana and the location pun tak jauh, 10 mins drive from angsana.cun.10 min kemudian kami sampai.nampak betapa kilat tak kilat tu.selalunya sempat la aku usha menu and reviews semua dulu,yg ni tak sempat. ah dah sampai pun.masuk aje lee

deco dalaman yg kewl sbb rasa mcm kt negara arab (and this one specializes in egyption cuisine), where the seats are on the floor. kira makan bersila kt bawah la and decoration yg penuh dgn lampu2 dan gmbar2 unta ala2 kedai shisha.yg amek order pun orang arab haaa.






tu hah..kemain jakun macam dia pulak nk order padahal sudahnya mimik (nenen) jugak kt situ guna nursing cover ibu.hihi




kami pilih untuk duduk bersila sebab alang2 shahir boleh guling2 haha



so for the menu;
yg kami laki bini pernah try sblm ni cuma nasi mandy.the rest never heard,never tried.so based on the images dlm menu book tu, aku pengaruh laki aku utk order fatta rice.since it looks so arab-ish hihi.turned out its white bhasmathy rice simmered with tomato gravy and grilled lamb.hah part lamb dia mmg sedap.lembut,cukup masak. and if u asked me i would say its good.laki aku tak suka la tapi sebab kombinasi nasi putih dan kuah tomato pekat tu tak kena kt lidah dia. but again the lamb is admittively gooooooddd.



price:rm15
taste: 7/10 (kurang portion sayur)
presentation:convincing




fatta rice dihidangkan sekali dengan sup sampingan.dalam sup ni ada macam nasi panjang2 tapi bukan texture nasi so idk what it is.




second menu is chicken soup. kami order soup sebab we thought the rice portion will be big for fatta rice, so konon2nya nak kongsi nasi 2 org and makan dgn pilihan sup yg diorang ada. tapi sebenarnya portion nasi on fatta rice tak banyak mana pun. hihi. kira salah order la ni haha. so if u asked me i would like to suggest utk order their sandwiches. sbb lebih munasabah dari order sup dan hirup sup tu tanpa any carbs to compliment.lol.


untuk air, aku suggest u guys order their yogurt drink atau order barbrican je senang hihi.range air bawah rm10

price:rm11
le' chicken soup.distinct taste u wont get in ur malay or chinese chicken soup. penuh dgn rasa rempah ratus tapi light. and satu hal dalam makanan arab ni, most of them ada rasa masam2 sikit. tu pasal laki aku tak suka kot.haha.
ayam tak kedekut, potongan ayam pun cantik.and ayam depa pun lembutttt ja haa.rasanya semua daging2 depa ni sebelum dimasak jadi sup ka apa ka depa marinate siap2.tu yg lembut.
pekena dgn homemad- arab-style-bread mungkin dish ni akan jadi 'wow'.hihi






so nak repeat lagi? tanya parit confirm dia meghenyihh tak tau nk jawab apa (taknak la tu). tapi kalau tanya aku, boleh.kita try sandwich depa pulak.and recommended for those who want to try middle east cuisine kt area johor yg easy access with affordable price and most importantly sedap.























Monday, October 12, 2015

fatigueness

Pernah dengar tak istilah midlife crisis.it happens to women at age 30++ where most of the time they experience slight depression and "life confusion",where they are most likely to compare their life with other women at the same age.and usually,what will they found is that their life is lack of everything unlike the other person they are comparing to.ni salah satu page pasal natang midlife crisis ni http://www.bodyandsoul.com.au/sex+relationships/wellbeing/female+midlife+crisis,7441

Aku tahun ni 2015 umur aku 26 tahun.belum nak kena midlife crisis lagi lah kan.tapi aku macam dah faham la apa dia so called MLC nihh..jadi aku akan ceritakan sikit ttg kehidupan yg aku lalui skrg yg kebetulan memang tengah 'mid' if u know what i mean dari perspective seorang aku.haha

Aku kenal farid masa tahun 2007.masa tu lower six.mesej2 pastu jumpa sekali dua pastu kapel.boring siak cite dia.tapi relationship kami sbg pasangan bercinta best.ada bumps here and there and at last we get married.

Sekarang dah upgrade jd pasangan laki bini pulak.so hows life as husband and wife? Here comes the interesting part.jadi laki bini best.serius best.apa pun dah boleh.ko nk checkin hotel tiap2 malam pun boleh.syok pun syok dpt tido acah2 org kaya.takde sape boleh halang.paling2 pun mak mertua la jaki sikit.lol.boleh amek gmbar selfie dekat cermin bilik hotel pastu gmbar time candle light dinner pastu kt pantai dan dalam kereta sambil pipi bertemu pipi.dan post ke pesbuk dan mendapat sebanyak like nye pun adui.tapi best sgt ni takde ke yg tak best.gila takde.ko ingat ni syurga?? (Kata micheal ang) ada dik..ni dunia dik..byk yg bestnya..byk jugakla yg menyakitkan hati nya..contoh paling mudah bila laki terkecikkan hati bini.pastu bini sentap pastu sedih.nak marah pikir laki,tanak marah tak boleh sbb sakit hati kan.nak merajuk laki ko tak pujuk,nk mintak cerai..melampau sgt tu.hah ko sabar je lah! Yg ni lah yg ko kena hadap bila dah kawen.sblm kawen bila bergaduh boleh ugut mintak putus.alaaa putuss..skrg dah tak valid lgsung term putus tu.putus urat kentut laki ko dengar..jadi kena buat apa..sabarrrrrrrrr..family mertua ada yg mengata ko? Sabarrrrrr..laki kita jenis tido berdengkur kuat gila? Sabarrrrrrr..laki ko byk cekadak pasal makan? Sabarrrr..

Balik rumah mak mertua je nk blk rumah mak sendiri pun jarang.sabar.ye betul.dah pandai pun.sbb kalau ko tak sabar pastu ko mengamuk2,laki ko diam je acah2 'penyabar orangnya'.sekali rupanya dia cerita kat mak dia.ha lagi naya ko.bekap paling besar tu.kalau dia tak cite kt mak dia,dia mark je ko.ini la masanya dia nk cari lain n kawen lg satu.bini aku tau marah2 je.aku tak tahan la.rosmah ni baik,manja,putih,gebu sikit la,dan yg paling penting dia faham aku.haaa paling naya.

Kita kalah dah.kalah.mengalah.tu lah kita bila dah jadi bini.tinggi suara kt suami dosa.tak layan suami baik2 dosa.buruk2 kan suami dosa.tak ikut cakap sah2 dosa (kecuali yg disuruh tu perkara yg tak betul).so kalau suami tengking kita sbb kita buat muka bila dia belikan bihun utk sarapan sdgkan kita nak kuih pau sambal,boleh ke kita tengking balik? Boleh ke kita hempas pinggan tanda protes? Boleh ke kita tutup pintu bilik n suruh dia tidur luar? bukak fesbuk dan add random guys and layan pm dr ntah sape2? Semua di atas tak boleh.abes boleh buat apa? Nangis kt sudut sambil ingat ibu ayah kt rumah dan sabarrrrrr..

Haa.ni sebab tajuk dia fatigueness maka aku focus kt bab2 yg meletihkan.ko jgn kata aku merungut pulak.bukann...nak bgtau je semua bini especially kt msia ni,mostly lah..mostly..akan rasa mcm ni.so pada yg belum kahwin and selalu rasa mcm loser korang chill je,ada jodoh ko kawen.cari pahala cara mudah.tp klw belum ada ko boleh bertenang psl camne ko tgk yg dah kawen ni asek bikin ko jaki sbb slalu post cite best2 je psl laki dia,ketahuilah byk jugak dia makan hati tu kikiki

Wednesday, August 12, 2015

melaka short trip 2015

9 aug 2015

Around 1pm  kami sampai melaka.suami terus waze utk ke asam pedas claypot kota laksamana.yup ada 2 kedai asam pedas claypot.satu yg bwh pokok besar dan satu lagi berhadapan kedai tersebut.utk makan tgahari hanya asam pedas claypot 2 yg beroperasi jd kami pun ke sana.dont worry,it tastes exactly the same as kedai bawah pokok besar,i guess they have the same owner,so masak guma resepi yg sama.masa operasi shj berbeza.bijak strategi meniaga diorang kan.


Yg kami amek gmbar tu yg buka waktu mlm shj.for lunch kami makan di kedai asam pedas claypot 2 betul2 depan tmpat kami parking kereta ni hah




  
Kami order asam pedas tetel,pari,kailan ikan masin dan telur dadar.
Total: +- rm30
Markah: 9/10
Friendly workers,friendly environment,clean (walaupun macam warung tepi jalan tapi tak ada lalat n berbau),and most importantly sedap la weyyy original melaka mari.tk sama dgn asam pedas johor hihi.


Selepas makan tgahari yg memuaskan hati,kami pun tegak ke hotel yg sudah kami reserve di booking.com.about less than 10km from kota laksamana,kami pun sampai di sunshine inn hotel.budget hotel yg mendapat good reviews from their customers sbb tu kami pilih utk menginap di sana.

Seperti tempahan yg dibuat,kami pilih boss suite di sunshine inn hotel utk 2 hari 1 malam,bilik dengan satu queen size bed dan sofa ia agak selesa dan memuaskan hati dengan harga yg berpatutan.jadi kami pun rehatkan bdn dulu selepas 2++ jam perjlanan dr johor ke melaka dan asam pedas yg mmmm...good...hihi

 this ws taken before checking out.bujang kecik mcm syok pulak tidur kt sofa dia tu haa huhu




These are how the room looked like..utk boss suite di tingkat bawah kami dapat bilik warna kuning.at first macam rasa terangnya bilik ni tapi kena pandai set lighting.and as long as si bujang kecik ok,kami mak pak dia lagiiii okay hihi
Hotel bill: rm139 for boss suite (2days1night)
Marks:7/10
Servis okay,cleanliness excellent,coziness okay.kenalah dgn harga.kan? :)


Pukul 4 petang kemudiannya,kami keluar utk tapau klebang coconut shake,tapau sbb dah agak dah cnfirm penuh dgn singaporean since its their long public holiday masa tu.and as we tought so,mmg betul ramai gila orang so kami tapau je di luar je.klw di dlm utk makan dan minum

Ayah dan shahir di pintu masuk klebang coconut shake.tapi sbb ramai orang kami tapau di gerai kt luar je hihi


Kt luar pun beratur punya ramai,jd ayah suruh ibu dan shahir tggu dlm kereta aje..hensem anak ibu pkai baju jdt kan kan kan :p


Kami beli 2 bungkus coconut shake special (vanilla icecream on top) dgn harga rm7.40 total.kalau yg biasa rm3 

Kami pun balik ke hotel..hihi

Balik hotel mandi2 dan bersiap,kami keluar utk dinner,malam tu kami pilih restaurant baba nyonya iaitu big nyonya restaurant.senang je nak cari kedai makan ni sbb kedainya besar dan betul2 tengah melaka raya.waze jee huhu..kami order 3 dishes (sotong goreng sambal petai,kangkung belacan sbb sayur lain byk dah habis,dan cencalok utk penyedap selera) 

 Total: rm50++
Rasa: 9/10 (almost perfect,rasa sambal dia ada beza dgn sambal melayu dan cencalok dia...perghhhh sodap bhaii)
Servis pun sangat bagus.


 Owner kedai ni tu yg kt belakang suami tu,hihi.dato kenny chan.pelakon siri baba dan nyonya di tv1 zaman 90an dulu

Bujang kecik sgt behave malam tu..tido je dlm stroller dia,bagi can mak paknya candle light dinner dlm kedai baba nyonya kikiki..

Malam tu kami pun pulang dgn kenyang hihi..


10 aug 2015

Lepas check out,kami bergerak ke destinasi pertama utk hari kedua kami di melaka iaitu di upside down house gallery.

Entrance fee:rm15 per head
Whats inside:perabot2 yg melekat di ceiling so masa kt dalam; katil,peti ais sume tu kt atas kepala.dgn cara posing yg betul n angle yg tepat dptlah gmbar yg mnunjukkan seolah2 kita dlm keadaan terbalik






Entrance fee rm15/ head so total rm30.kira 30rggit ni ampa posing n amek la gmbar puas2..tapi nk dijadikan cerita around 15mins dlm upside down house ni shahir tiba2 cranky.apesal cranky? Sebab staff kt situ bwk dia lari so dia panis xnmpak mak pak dia..pastu pulak dia rimas tgk ramai sgt orang..klw ramai kids takpe..dia suka kids..anak kami lah tu..so since dia dah xleh handle the environment kt situ kami pun terpaksa chow..dptlah dlm 5 ke 6 keping gambar yg menjadi..dgn bantuan staff kt situ ye..klw gmbar yg apaknye amek semua reject!

Next,kami ke ee ji ban chicken rice ball restaurant utk lunch pd day 2 di melaka.ee ji ban rstaurant ni kami dpt tau dr hasil pencarian google la apa lagi hihi.tgk ramai artis melayu pernah makan n siap masuk dlm rancangan mad markets tv9 yg keknis jd host tu.so basically dia halal la.tapi owner mmg cina.kedai ni pun senang jugak nk cari,ada signboard "chicken rice ball" besar2 sebelum masuk ke simpang kedai makan ni.

Sesampainya kami di sana,kami order 10pcs of chicken rice ball(5pcs per person),1 plate steam chicken and 1 plate grilled chicken,taufu sup,kailan goreng.


 Chicken rice ball:rm0.60 sekepal
Ayam:rm4.50/plate
Sup taufu:rm8
Kailan goreng:rm5
Total: rm30++
Rasa: 8/10
nasi ayam kepal tu memang sangat sedap..ayam pun dimasak cukup sempurna dan tak terlalu berminyak..flavour dr ayam steamed sgt balance utk makan dgn nasi.portion nasi dan ayam tak banyak tp sup banyak (chinese eaters punya potion) hihi.
Servis memuaskan hati :)

Environment kedai cina biasa tapi kebersihan terjaga and selesa..layaklah masuk tv huhu.

Next activity is river cruising..kenapa pilih river cruise? Sebab klw anda pun ada anak kecil yg tak suka kemeriahan manusia mcm kt mall ke dan sensitive pd persekitaran,river cruise is a wise choice..bujang kecik kami sgt leka tgk air sungai walaupun tak jernih dan pemandangan.tambahan lagi naik bot yg bergerak tu..dia leka jugaklah..pulak tu ada budak kecil 2 org main dgn dia so dia suka lah hihi 
Leka dia tgk bamgunan dan air sungai kt bwh dia..shahir is officially a nature lover sama mcm ibu ayah :)




Fee:rm10/head
Around 20mins ride

If u ask me,berbaloi ke tak,utk pelancong,first timer and mmg nk ke melaka for sight seeing..silakan..rm10 pun sbnrnya berbaloi utk 20mins ride except for the polluted river je lah..kami pernah naik tp niat kami nak bagi shahir pulak rasa pengalaman..maklumlah org baru 5bln nampak dunia hihi

Selepas river cruise,kami ke destinasi terakhir iaitu pantai kelebang.sblm smpai pantai singgah utk tapau coconut shake lagi sekali hihi.niat sebenar utk cari food souvenir yg boleh dibawa balik ke johor especially dodol durian yg femes sgt tu lah.tp kami tak jumpa pulak except for the jonker street.tp di jonker street kami tak bli apa2 pun kerana cuma lalu shj kwsn tersebut dgn kereta.lagi pula,khuatir memandangkan peniaga di sana kesemuanya non muslim dan brg yg dijual pun antaranya ialah alat sembahan mereka.tapi kalau anda teringin nk pergi apa salahnya klw takde anak kecil pun senang..boleh jln kaki utk keluarkan peluh sambil cuci mata

Oh berbalik ke pantai klebang sbg destinasi terakhir kami.disebabkan tak jumpa any food souvenir utk dibawa pulang kami pun pusing2 shj di kawasan pantai.tak jauh selepas masuk ke kwsn pantai anda akan jumpa satu kawasan lapang yg ada byk bas2 lama.disitu sbnrnya bus hotel ataupun dipanggil bustel.boleh google bustel melaka utk tgk harga dan gmbar dalam bas dan lain2 info.utk kami ni sahaja gmbar yg ada hihi



Klebang coconut shake day 2 hihi


Kalau anda nampak di belakang signboard bustel tu ada beberapa buah bas hah tu lah hotelnya.tak silap rate nya rm130/night.betul2 berhadapan laut.ada jugak cafe bus yg mana kedai makan yg menghidangkan makanan kpd customer didlm bus yg diubahsuai mnjadi tmpat makan.bagus org malaysia sekarang semakin kreatif.kan? Hihi


Bagi saya,bustel ni is a worth trying place to check in if u go to melaka,since dia baru dan belum ada yg spertinya.tapi kerana ianya di open space area dan betul2 menghadap laut,mungkin ia kurang sesuai jika anda membawa bayi bersama.tapi kalau anda yakin apa salahnya.hihi.

Maka berakhirlah coretan trip pendek ke melaka kami.alhamdulillah perjalanan kami mungkin nampak ringkas dan biasa2 yet it was a fun trip and if u asked me,i would love to have another trip like this! And if u came across this post i hope it helps a little on planning ur trip to melaka ;)

Friday, July 17, 2015

13 march 2015 Cont.

1syawal 1456H

Fewhh..panjangnya entry yg sebelum ni..kalau nak tau harini bujang aku dah masuk 4bulan 4hari..
Life is amazing with him..macam2 benda jadi tapi for this entry aku akan habiskan cerita pengalaman masa melahirkan my one and only Ahmad Shahiril.

Selepas checkup 39mnggu yg sgt scary itu dan blood stain yg keluar pada hari2 berikutnya,aku berjaya tggu sampai usia kandungan berusia 40mnggu genap.and haritu aku terpaksa serah diri kt hospital..pagi tu aku brkfast dgn telur separuh masak n air milo..aku tak rasa apa2 panic ke nervous ke..sebab takde rasa sakit..infact bila pagi nk ke hospital tu aku macam pasrah n redho je tanpa putus2 doa supaya apa2 pun kami mak dan anak selamat.

Jarak rumah n hosp tak smpai 5mnt..smpai je hosp lepas take turn utk jumpa doc,nurse yg incharge tu tanya aku harini dah due ye puan.aku kata aah.dia pun angkat fon kt rgstration counter tu and sambungkan talian ke doc rohaini..dia tanya sikit2 pastu dia letak.dia panggil aku n cakap "puan boleh terus check in la harini ye".aku n suami kata "okay"

Kemudian seorang lg staff nurse bawak kami ke labour room..nk buat ctg katanya utk cek contraction.aku tiba2 rasa excited.haa ctg ni aku tau tak sakit huhu.masuk labour room dia suruh baring,dia pasangkan mesin ctg tu and keluar utk tggu result smbil buat keje dia.aku ingat masa tu aku ada app digital quran so aku bukak surah maryam n baca smbil mesin ctg tu baca contraction aku.tgh leka2 baca surah maryam,nurse yg sama tu masuk lagi..dia kata nk cek dilation.hmm cek dilation ye ok aku pun berhusnudzon dgn fikir yg klw nurse yg buat mesti kejp n tk sesakit doc yg buat mcm haritu.supp! Dia masuk dah (lps mnta kebenaran lah) fuhh sama je sakitnya siap lagi lama plak nurse ni buat.dia kata sbb dia tk dpt estimate berapa cm bukaan nya tu yg dia seluk bukan main lama.fuhh nak menangis aku time tu.and then dia kata baru 1cm rasanya takpe nnt doc masuk dia cek lagi.haaa? Bukan ko cekkan bg pihak doc ke tadi tu? Dari peristiwa tu lah aku tau yg aku tkkan melalui saat2 indah utk jam2 seterusnya smpai aku berslin sbb cnfirm asek kena seluk je and i dont like it.at all.

Tggu lagi dalam stgh jam,doc rohaini pulak masuk n cek dilation.yeap sama.1cm jugak.kira 2 kali keje la ni.2 kali sakit jugak la kan.hmmmphh!

Doc pun advice yg aku kena bersalin haritu jugak utk elak apa2 complication.lps dah 2 kali kena seluk dlm masa sejam aku pun nk beranak cepat je dah.tkde maknalah nk dtg lg seluk lagi dtg lagi seluk lagi.then doc pun suruh kami check in bilik ward dan nnt dia akan masukkan ubat utk induce.katanya insyaAllah malam ni atau esok bersalin lah (sambil senyum).dia suruh aku jalan2 turun naik tangga kt hosp sementara tu utk trigger labour.

Masa ni honestly aku dah down,bukaan masih 1cm slps seminggu sebelumnya yg bukaan 0.5cm.tanda darah kt spender byk kali keluar n ramai ckp oh tu mesti dah buka besar tu klw dah ada tanda darah.mngkin dah 3/4cm.padahal naik 0.5cm je lps seminggu.so paham tak kenapa aku down? Sbb dah nmpak kemungkinan besar yg aku tk dpt bersalin normal.dan kesedaran yg aku akan tempuh saat2 bersalin yg tak mudah.puaslah aku kena seluk masuk ubat seluk lagi klw takde progress masuk ubat lagi,sampai ada bukaan lpstu tggu bukaan 10cm pulak and klw bukaan tk sampai2 10cm or aku dah tak larat,diorang akan buat emergency csect.macammana tau possibilities tu semua? Lepas puas baca psl pngalaman org bersalin dekat blog few weeks before.lol.tulah sape suruh baca.takpe bagus jugak ada idea how it might be.betul?

Dan aku msih ingat lagi bila aku tiba2 dtg idea gila n bgtau kt suami yg aku nk cser terus takyah masuk2 ubat.farid macam shocked and speechless aku kata gitu.dia kata taknak cuba dulu ke.masuk ubat sekali.klw takde progress baru kita consider utk cser.then aku pun keluarlah hujah2 aku saying,mcm tak je normal.klw dah seminggu pun bukaan cuma tambah 0.5cm je.nk tggu 10cm nak berapa lama lg? 10minggu? (Argument gila tak valid,emo lebih) then lepas fikir betul2 waras2 yelah of course kena cuba dulu mana boleh terus2 nk csect.klw nk beranak pun aku tknak amk risiko nk jln mudah n cepat keluar je jgn marah bila anak ni dah besar nnt dia sndiri pun taknak cuba apa2 n cuma tau guna jln mudah.tanpa usaha sebelum.tu lah yg aku pegang n dtglah berani tu utk hadap je bersalin scr paksa ni.aku redha n cuba kuatkan smgt semula.

Lepas dpt katil,aku non stop baca surah maryam and solat hajat.serius.rasa dia mcm nk pegi berperang.nervous gila.nk keluarkan satu lg nyawa and nyawa kita pun belum tentu selamat.sbb tu rasa mcm nk pegi berperang.fuhh perasaan yg hanya akan dpt waktu tu je.betul la pun perasaan tu sbb allah pun dah kata ibu2 yg mati sewaktu nk melahirkan ni mati shahid sbb dikira mcm berjihad.

6ptg doc masukkan ubat utk trigger labour.masukkan ubatbtu kt kita punya miss v jugak cuma dia tk masukkan dalam2 pun mcm seluk time nk cek dilation.then diorang pasang ctg sekali utk monitor contraction reading.dlm masa sejam nurse dtg utk cek bacaan ctg.nurse kata contraction belum kuat.dia tanya aku rasa apa.serius aku kata tk rasa pape lagi ohh patutlah ctg pun belum kuat. lpstu ctg dah cabut time tu lah aku rasa sakit dia.dekat wad cuma tinggal aku n suami.ibu dah balik lps beberapa jam jugak temankan aku kt wad.sakit dia mcm senggugut tapi tak berhenti.sakit sakit dan sakit.klw senggugut ada jugak pause dia.so masa tk sakit kita boleh tidur.yg ni tk boleh.langsung tk boleh.in fact aku kena berjalan2 pulak utk hilangkan sakit tu.dari pukul 6 smpai 4 pagi esoknya aku lgsung tk dpt tidur.cuma mampu duduk bangun jalan sikit2. Dpt tidur2 ayam pun dr pukul 4-6 pg sebab dah kena sound dgn nurse bidan.dia kata kena cuba tidur,nnt esok nk teran tkde tenaga lg bahaya.so aku pun paksa diri pejam mata n layan ngantuk.dan masa ni jugalah terbukti besarnya pengorbanan suami.sbb dia pun sama2 dgn aku dr ptg smpai pg esoknya berjaga.dia tk dpt tidur tgk aku gelisah tahan sakit.takpelah penglaman utk kami berdua.


Pkul 6 pg bangun solat subuh.masa ni rasa sakit yg mcm senggugut non stop dah kurang.pegi toilet tgk dekat pad ada kesan mcm oren2.panggil nurse dia kata tu mungkin sisa baki ubat.dia tnya aku sakit perut lg tak.aku kata dah tak sgt.dia jawab ha sbb kesan ubat tu dah habislah tu.oh gitu.so sakit yg aku rasa smlm tu semata2 sbb ubat ke.Nk jadi cerita mmg masa aku tahan sakit yg tkde pause mlm tu perut aku senget sebelah.maybe masa tu shahir dopaksa utk cari jln (kesan ubat tu lah) tapi tk jumpa.so instead of dia kebwh,dia ketepi pulak.nampak obvious masa tu baby mengiring ke tepi smpai ketara perut bsr sebelah.lps selesai solat nurse bidan dtg bgtau utk aku siap2 sbb pukul 8 nk msuk labour room nk pecah ketuban.aik? Terus ke? Aku pun tanya nurse tu,doc tak cek bukaan dulu ke? Nurs3 tu kata selalunya bila dah masuk ubat mesti dah buka 3/4cm so boleh terus pecah ketuban n masuk ubat lagi.okay.cukuplah explaination dia smpai situ.aku pun pegi mandi n tggu ibu sampai.pagi tu ibu dtg bwk sarapan telur separuh masak.ingat lagi perasaan bila nampak ibu masa tu.haihh takmau lah.sedih titew.yelah bila ibu kita ada saat kita pulak nk jadi ibu,mcm2 dlm kepala.tapi masa tu kalau ingat balik aku mcm tenang je sbb dah puas sakit satu malam smpai ke pagi so bila fikir insyaAllah at least harini aku dpt jumpa anak ni,tak kisahlah petang ke malam ke tgh malam pun,aku jadi lega.sakit (yg belum dtg tu) dah malas nk fikir.cuma aku dah boleh bayangkan macammana sakitnya (agaknyalah) sbb dah rasa contraction yg induce tu macammana kan.kira dah ada hint la heavy contraction nnt macammana heavy nya.lol

Selesai sarapan yg paling memberi kesan (walaupun cuma telur separuh masak), aku bersiap2 tukar baju hijau untuk masuk dlm labour room. Sampai depan pintu yg ada tulis labour room tu farid berhenti jap n baca doa minta Allah beri kemudahan kekuatan dan keselamatan pada aku dan anak.aku aminkan dengan sebaknya.mcm nk berperang kan? Aku dah kata dah.

Dalam tu dah ada satu bilik yg depa dah tulis siap2 nama aku.maksudnya itulah tempat yg aku akan stay sampai beranak.tapi suami boleh teman jgn risau. Klw dua jam dua jam lah,klw sepuluh jam sepuluh jam lah,ada yg 5 min ha 5 min lah.

Masuk bilik tu,baring atas katil then one of the nurses dok prepare barang2,drip yg diorang akan masukkan ikut urat tgn as satu lagi ubat yg akan trigger labour, dan prepare no siri untuk ibu dan anak (bila baby dah keluar dia akan letak tag dgn no siri yg sama pd kaki baby so takkan ada yg tertukar anak nanti)

Less than half an hour later,doc rohaini masuk.mcm biasa lah dia tanya so how do i feel,and let us ask her anything in mind.lepastu dia seluk.so total dah 4 kali kena seluk dalam tempoh 24 jam T_T

And this was the time when she finally ended everything.dia kata takde progress,dilation still at 1cm not moving,and baby's head not engaged yet.kepala baby masih jauh dari dinding faraj tmpat dia keluar tu.aku terima berita tu dgn tenang lagi.kami tanya so doc advice macammana.dia kata ada 2 options lagi,nk tggu n masukkan ubat lagi or operate terus.farid kata kalau masuk ubat lagi max boleh reach berapa lama baru active labour? Doc kata the longest is 48hrs.
Fuh.
Hmm.
Fuh.
Entah aku dah mcm tak sanggup klw kena stay lagi 2 hari.maybe kalau dia kasi balik rumah lepas dah masukkan ubat aku ok hihi.tp jgn haraplah.so kami decide potong lah doctor.doc rohaini terus kata haa saya pun rasa better operate je sbb kepala dia pun masih jauh.and she even added takpe husna,next baby klw baby girl maybe kecik sikit insyaAllah boleh normal.nampak dia sempat buat lawak.lol. so final decision operate je.dia kata im the first patient for operation pagi tu.so takyah tunggu lagi they got everything ready and terus tolak aku pi operation room.terus terang masa tu aku rasa lega.aku rasa aku dah buat keputusan paling betul.aku taknak seksa badan n baby dgn masukkan lagi ubat dan benarkan ubat tu paksa dia rasa tak selesa kt dalam tu.they say operate susah nk pantang lagipun klw boleh cuba jaya jugak smpai boleh normal sbb org yg operate ni kira macam mengelat lah.tak rasa lah sakit teran budak tu bla bla bla (as if anything happen diorang nak ganti nyawa or kecederaan yg kita rasa).mulut terkumat kamit tak lepas dari lafaz la ilaha illa anta subhanaka inni kuntuminazzolimin sepanjang perjalan ke OR.and sampai sana ada lagi nurse and staff yg tahan untuk verifiy yg kita bersedia untuk dibedah.sama ada kita betul2 setuju atau tak n other verification they have to make. I even got to ask the aneasth about how it will be done in there.pengsan ke separuh sedar ke.and she said i will feel numb from chest and below.if i can still feel my leg she wanted me to tell them so they will give another shot to get my body paralysed wholely.tak leh gerak langsung.pengsan terus lah tak sedar apa. But Alhamdulillah semuanya mudah.tak rasa apa2 when suddenly i heard his first sound.10min kot.sekejap sgt.sempat fikir macam2 like kenapa staff dalam ni siap boleh nyanyi2 mmg tak seram langsung ke tgk perut org kena belah, n klw baby dah keluar kenapa takde yg mcm kecoh2 tgk baby.and while i was in my neverland, sorang nurse dtg n tunjuk baby yg putih merah n asked me to tell the gender.anak aku weh comelnyaaaa. i said 'boy' touchingly.she let me kiss him while the baby was no longer crying.and she took him away.i cried later that.baru dapat kewarasan yg tu anak aku.anak aku.tuhannn Ya Allah rabbi.kau cipta dan benarkan satu lagi manusia yg akan jadi saham akhirat aku yg selama ni aku cuma dpt rasa dalam perut.n now hes here.i can touch him.in fact i just did.nangis dan bersyukur.MasyaAllah Subhanallah.Alhamdulillah.lebih indah dari mimpi indah.sweeter than sweet dreams.

Ahmad Shahiril bin Farid
10.36 a.m
13/3/2015
3.48kg

Langsung hilang segala sakit segala risau segala tak percaya.lega tapi lebih lagi.bukan happy tapi rasa cantik.yg cantik sangat.haa jatuh cinta! yeap tu dia yg kita cari.rasa jatuh cinta yg sepertama kalinya.dan akan rasa lagi kalau ada rezeki lepas ni hihi

The whole day i ws smiling.nk tengok dia setiap saat.dok update dekat whatsapp group rasa syukur dan lega.nurses went in and out the room offering me painkiller if i need any.the first 6hours i couldnt get up from my bed sbb kesan bius hanya akan hilang 6jam kemudiannya.Alhamdulillah satu hari tu takde rasa sakit so i didnt take any painkiller sepanjang tu.nurse kata malam aku kena kencing at least once nnt baru diorang boleh kasi kita check out esok pagi2.klw tak diorang akan tahan lagi.melopong pulak tgk bill kang.tu yg aku nekad kot.aku gigihkan untuk bangun pergi bilik air then gigihkan untuk kencing.fuh first time bangun sangatlah sakitnya.otot perut dah putus n ko kena guna jugak otot tu utk buat almost everything.nk bangun, nk kencing, nk berak apatah lagi.nekad punya pasal yg sakit gila jadi 'sakit jugaklah' n yg macam mustahil jadi boleh.esoknya sebelum tengahari dpt checkout.

Oh sebelum tu,pagi esoknya doc masuk untuk check condition aku.dan dia kata choosing to do the csect is the right decision sbb masa nk keluarkan baby tu dia dah berak dlm perut pun.which means klw masa tu aku insist utk normal jugak baby akan termakan najis dia sndiri which leads to baby being weak inside and leads to emergency csect.so i made the right choice sbb dia tk smpat nk makan najis dia.instict that only a mother will have.mhmmm (nodding confidently)

So itulah.habis dah.shahir dah besar sila baca ye.cerita paling menarik dalam parts of your life.ibu sayang shahir kerana Allah



harap shahir pun begitu.Amin.





Sunday, March 29, 2015

13 march 2015

29/3/15 23:02

Cmne nk mula eh..dah lama tak menulis pun ye..bahasa inggeris pun dah bercabuk..klw pegi interview mestindah tergagap2..

Aku masih dlm pantang lagi..harini hari ke 17..macam2 dugaan dlm pantang yg aku dah rasa..sakitnya..rimasnya..peliknya..

Sakit bila bengkak susu,bila kena urut tetek utk hilangkan bengkak susu,bila luka czer belum betul2 baik smpai nk bgun pun mkn masa 10min kot,bila berak keras,bila first time nk bg anak breastfeed,bila anak blum nk bf n first time pam susu,bila puting luka,bila byk angin smpai nk kentut pun perut boleh jadi tegang gila2,bila bf anak n terpaksa stay in 1 position smpai sakit tulang belakang,bila sakit tulang punggung sbb duduk lama sikit kt lantai..xsmpai 5 mnit pun..

Rimas bila tak boleh mandi,bila badan melekit tp nk sbun leceh so boleh lap2 je n stgh jam lpstu dah melekit semula,bila darah nifas keluar byk tp nk bersihkan kt bhgn bwh tu pun leceh sbb takleh nk cangkung or tunduk sgt or kangkang sgt smpai kdg2 terpaksa lap area kelengkang n betis dgn wet tissue je,bila dah boleh mandi sikit tp tak boleh kenakan air dekat kwsn jahitan so perut ni dah dekat 2 mnggu tak disental,bila puting pendek so nk bg anak bf sgt susah smpai meleleh2 susu dekat baju anak dgn kain batik n klw dibiarkan smpi kering baunya sgt asyemm,bila bngkak susu n puting sgt sakit smpai aku berlengging tak pakai baju or bra the whole day sbb puting tetek takleh terkena apa2 masa tu,dan bila panas berpeluh2 tp nk mandi tak boleh smpai bdn rasa gatal2 yg teramat..ya allah...

Pelik bila first time tgk manusia kecil yg berwajah persis diri sndiri tp kita nk bg mkn or nk buat pape pun tak reti,bila rasa sakit yg terlalu bermacam2 smpai rasa bilalahhh nk habis sakit2 ni semua lepas satu satu,bila anak menangis yg kita mcm tak pasti dia nk apa..haihhh

Dasyat kan..masa bengkak susu n urut nk bg bengkak surut sgtttttt sakit..sumpah..aku berlengging satu hari sambil menangis teresak2 kesenduan sbb sakit campur rimas cmpur geram huhu..bayangkanlah dok kehulur kehilir dgn tetek melayut2 sbb berlengging abes..pakai kain batik je tu pun bwh tetek..sbb tetek mmg takleh kena pape time tu..tp takde lah keluar lepak kt hall g dapur semua cmtu..berperap dlm bilik je lah..serius spanjang dlm pantang bengkak susu paling sakit..sampai nk demam..

Tp banyak jugak benda2 yg aku boleh kata mcm keajaiban yg berlaku masa dlm pantang ni..contoh masa bengkak susu lah..haha tak abes2 dgn bngkak susu pnya isu..tp serius sbb masa aku sakit tu aku mmg dah takleh nk focus pd anak mmg bg org lain je yg uruskan dia..n masa tu kt rumah ada adik dgn akak aku so satu hari tu rupanya anak aku tak meragam sikit pun..dia duk main dgn pakcik n makcik dia..comel kan..mcm paham2 mak dia tak sihat pastu mlm tu dia tdo mcm biasa lah atas katil dgn aku n mak aku tp dia boleh layan tdo dr pkul 11 smpai 4 pg..5 jam woi dia tidur tak merengek nk susu or nk suruh basuh berak or pape lah..mmg bg can kt aku utk rehat lah sng ckp..sdgkan ikutkan budak takleh tdo lama2 gitu n slalu yg tido lama cmtu budak yg ada jaundice..tp anak aku takde kuning pun n mlm2 sblmnya dia tido mlm pling kuat 2 jam bertahan.pastu bgun n merengek nk susu atau pape lah..so bila aku n mak aku terjaga n tgk jam pkul 4 masa tu gelabah gila ktrg. Terus kejut n susukan dia..n pagi tu aku dah baik pun..alhamdulillah..

Lpstu sakit yg aku rasa pun mmg mcm2 tapi tak sekali harung..hari pertama smpai ke 3 aku merasa sakit czer smpai nk bgun pun kena 2 3 org angkat n papah..hari ke 4 aku dah boleh bangun sndiri even lmbat lpstu baru kena bngkak susu,lps bngkak susu dah ok baru aku dpt bf anak n merasa sakit puting luka plak,pastu smntara aku tggu smpai puting ok sakit perut msuk angin,bila perut dah ok,aku susukan anak semula n time tu pun dah tak luka lah bila aku bf dia.n smpai skrg mmg struggle nk bf dia sbb puting aku pendek..ktrg sama2 struggle ok..aku struggle nk bg puting masuk dlm mulut dia so dia boleh nyonyot n anak aku plak struggle nk dptkan puting tu huhu kesian anak ibu

30/3/15 10:41

Harini masuk hari ke 17 berpantang..harini first time aku nk kena tggal sorang dgn my baby..mak aku kena start g kedai jahit dia semula utk siapkan tempahan baju2 cust dia..dah 2 mggu dia ttup kedai..so byk nk kena catch up blk tu..aku faham lah wlwpun cuak jugak kena tggal sorg2 tp takpelah kita pun dah larat sikit ni kira ok lah..

Harini jugak aku nk cerita pengalaman masa bersalin pulak..hmmm masih segar bugar lagi dlm kotak kepala otak aku ni huhu..hari selasa masa kandungan dah berusia 39mggu..mmg haritu ada appointmnt utk 39wks lah so aku n suami pun pegi ke hosp utk checkup mcm biasa..pikiran kosong je time tu sbb checkup ni mmg rutin kan lg2 bila dah masuk mggu ke 32 above checkup pun dah jd once every 2wks..so bila dah smpai giliran nk dipanggil msuk bilik doc utk checkup ktrg p un masuk..doc nmpak je aku dia terus tanya cmni "husna..mcmmana?nk bersalin harini?"

Gulp.telan airliur aku.tanda langsung takde lg aku pun takde rasa sakit contraction langsung..tiba2 nk bersalin..baby pun belum nk keluar lah doc..huhu so aku pun ckp "eh belum..belum ada tanda apa2 lg hihi" pastu doc tu ckp klw nk bersalin skrg dah boleh..sbb kdg2 ada org dah msuk 39mggu ni dia dah tak sabar nk bersalin sbb belakang pun dah sakit tidur pun tak nyenyak" dlm hati aku,yg tu mmg lah tp mcm aku tak tau klw nk bersalin skrg nnt aku kena induce semua tu..aku tanak..aku nk sakit yg dtg secara sendiri bukan dipksa2..pastu doc pun mcm biasalah suruh aku naik atas katil utk scan bby..hmm ok doc pun scan pastu dia dah tgk uri position baby semua tiba2 dia ckp cmni "emm boleh tahan" aku pun tanya apa yg boleh thn doc? "Baby awak besar ni..jap eh saya check estimation berat dia" aku dah gulp.telan airliur lg skali..adoi besar ke..aku dahlah kecik..boleh keluar ikut bwh ke klw baby besar ni..pastu doc ckp "3.4" hah?? Aku mcm slaha dengar..berapa? Aku tanya doc tu. "3.4 besar ni" sambil senyumm je.doc rohaini nama dia..sgt sweet ckp baik2 je.tp masa dia bgtau baby 3.4kg aku tgk muka dia pun dh risau..mcm tak confident baby boleh keluar normal..pastu xabes lg..dia suruh plak aku bukak spender "nk cek jalan ehhh" kata nurse pmbantu tu..ohh nak seluk..ok aku pernah dgr pasal seluk2 ni ramai kata tak sedap tp mcm tak yeye sgt lah..lg sakit contraction lah semua org ckp.so aku pun serahkan jelah pd doc tu utk diseluk huhu..dia pun masukkan jari dia sikit eh rasa lah ada jari masuk ikut situ pastu dia kata "tahan sikit husna eh..sakit sikit ni..mnta maaf husna ye.." Suppp! Ha terangkat bontot aku mmg sakit oiiii!!! Terkeluar airmata ibu mngandung aku masa tu even aku tak nangis pun tp sbb sakit sgt smpai scara sndirinya mata boleh berair..sumpah tak tipu..bukannya aku nangis ke apa..pastu doc tu ckp plak "rilek husna rileks..jgn angkat bontot..saya tak dpt ni.."dia keluarkan balik jari dia "lg skali eh..rileks..jgn angkat bontot.." Dia seluk lg skali aku pun pegang tepi katil tu kuat2 pastu terangkat lg skit la kot bontot aku pastu doc ckp "ok2 tahan sikit..mnta maaf ye husna ye..ok dah" dia keluarkan jari dia..pastu dia kata dilation ataupun bukaan laluan utk baby keluar cuma baru 0.5cm which means kecikkk sgt lagi..klw nk ikutkan paling2 kena 3/4cm baru mcm ada potensi bersalin normal..aku pun dgn terkejutnya mnggigil2 n terkebil2 lah mngenangkan kejadian td..rasa ngilu2 je lagi tp buat2 cool lah..so tanya lah doc tu cmne..apa comment doc..doc bgtau bukaan belum ada,pastu dia tnya dah ada keluar darah tak kt panties ke masa kencing ke..aku ckp belum..ada mcm keluar air byk smpai basah seluar ke cmne..aku ckp takde..dua2 tu aku tau mmg tanda2 nk bersalin tp serius mmg takde lg tanda2 tu semua..pastu doc ckp lg ok takpe.."mnggu dpn due date dtg lah..nnt kita tgk cmne klw mmg belum ada tanda nk bersalin kita cuba bg masa lg beberapa hari tp disebabkan baby awk besar saya tak galakkan utk tggu lg lama sbb takut dia makin mmbesar..klw skrg dah 3.4 takut lg smnggu boleh naik lg byk" aku pun terfikir..yelah ada betulnya jugak..sbb masa 37mggu berat baby 2.7kg je..lps 2 mggu boleh naik 700grm smpai 3.4kg..lg smnggu ntah berapa lg naik adoiii aku mmg dah risau..aku tanya doc apa punca baby boleh besar gitu eh..doc ckp mngkin pemakanan so dia suruh aku kurangkan carbs..hmm mmg aku mkn nasi byk masa mngandung ni yelah first trimester dah mabuk teruk so bila dah srlera tu aku tak control lgsung lah aku bedal je huhu..tp aku rasa aku msih kawal jugak tp mngkin still byk dr yg spatutnya kot. So puaslah aku menyalahkan diri sndiri time tu..

Balik je rumah aku terus kol ibu n biasalah bila aku kol ibu mmg menangis lah..aku risau kena operate n xdpt bersalin normal n tahlah mcm2 aku risau..mungkin time tu pun aku dah ada instinct sbnrnya apa yg akan jd..pastu terus aku exercise turun naik tgga jln pusing satu taman petang2 smpai berpeluh2..lg jauh aku jalan dr org tak pregnant tau..walaupun sbnrnya dr masa 7bln aku dah ajak laki aku jln2 taman cmtu tp dia slalu ckp jauh nk jalan kaki takut syg tak larat..jauh takut syg tak larat..nmpak tak dia punya underestimate kt aku tuh..

Esoknya which is wednesday dlm pkul 1 ptg..aku nk kencing n aku nmpak ada mcm blood stain dekat panties..hmm ni mcm tanda yg mak aku ckp n bidan aku ada bgtau..keluar tanda darah..so aku terus kol mak aku lg utk bgtau yg dah ada tanda darah pastu mk aku pun lincah lah dr pontian ke nusabayu sbb ingatkan aku bakal bersalin dlm masa terdekat..ohh tidak rupanya..lps keluar blood stain tu sehari demi sehari takdr benda jadi..yg ada keluar lg blood stain kt spender..ada lah dlm 5 kali aku jumpa ksn darah kt spender tp lgsung takde rasa sakit..bila aku bgtau kwn2 aku semua seboleh2 paksa aku pegi hospital..diorang kata klw dah ada tanda tu bahaya klw biar takut baby lemas lah apa lah bla bla bla..aku plak yakin belum smpai masa..sbb takde rasa sakit lgsung kan..cmne tiba2 nk terberanak plak..

Sunday, May 4, 2014

29th march 2014 finally we are officially husband abd wife.u may kiss the bride.of course u may.it r fuckin wife! halal kot.Alhamdulillah.it hs been 7 yrs of love hate relationship.in the end kawen jugakkk.being a wife is different.most of the times it is more on pleasing ur man.if he doesnt like it dont do it.if he likes it.its ur choice.thats the rough concept of pleasing.but heylaki mak bkn firaun and mak bkn kupu2 yg tiada hak di rumah sndiri.paham kannnn.obey suami without questioning anything is soooo eons ago.so pramlee punya age.skg dah tak.hak ttp hak.tuih tak? (loghat utaqa) .

si lebong