RSS Feed

Wednesday, January 20, 2016

ualasan pencekik: the cave

27/12/15


Yeayy akhirnya kami sampai di the cave cafe,johor baharu. Themed restaurant that serves western cuisine and can only be found in johor. Nama pun the cave cafe so memang tema dia pun mcm dlm gua.kalau di jb ni, the cave cafe ada dekat 2 tempat,satunya di taman kolam ayer dekat sebelah malay village.mengadap pulak dgn masjid.sonang yo topi jalan yo.pastu lg satu dekat perling mall.yg mula2 bukak restaurant di taman kolam ayer, dan nk dijadikan cerita sebelum adanya restaurant ni,lot kedai asal adalah spa.so deco dalaman dah mmg original ala2 dlm gua yg serene dan tenang dan cantik.so diorang tinggal deco lagi sikit2 and jadilah restaurant the cave cafe ni.

Ambience kedai sangat ok,neat and clean. Servis pun okay.kebetulan pulak hari kitorang pergi tu tak ramai lg orang so makanan kami cepat smpai hee.



Tu dia.aku order cheesy chicken cordon bleu
Price: rm20++
Rasa: 9/10. weh sedap weh, ayam ja lah.tapi sedap lembut kuah dia manis, served with mashed potato yg pun cukup rasa.portion gabak tapi sbb sedap n aku mmg pelahap selamba jela aku habiskan

Bapak shahir punya.grilled beef patty ke apa tah nama dia
Harga: rm18+
Rasa:8/10. Its a homemade patty.Gravy yg pun ummphh meresap dlm daging lembu tu.cuma sedap lagi aku punya set la hihi.utk yg ni portion tk sebesar set aku jugak.nampak??

Jarangnya mak pak shahir makan kt restaurant siap order desert la seh.tp sbb kitorang sumpah xpernah try lava choc cake ni,ktrg decide nk try yg sini punya. Peh potong jari manis dia tp okaylah.sedap je hihi cuma kitorang agak replete utk sumbat something fatty and creamy mcm lava cake ni masa tu.but, kalau tgh lapar ngap benda ni tk cukup satu kottt.kira sedap la tu.creamy on the inside,fluffy on the outside kateko
Boys' selfie be like

There.sedikit view interior design kedai ni.cantik,selesa n different. Tp pling puas hati sbb makanan sedap.oh and kt sini ada seperate room utk candlelight dinner hokeh. Nk celebrate wedding anny ke tnpa anak2 dan mak mertua, mmg acah2 sgt lol. And ada juga seperate table diorang setkan utk brthday party.setting dah siap belon2 semua. Well, sblm ni baca review mmg ramai kata ok.so aku pun setuju beno lah dgn depe yg kata ok tu. ambience selesa n cantik pun,yg pnting org nk makan tu sedap.kt sini dapat dua2.





So, sape2 yg nk jalan2 cari makan area jb n nak try western cuisine dekat themed restaurant, the cave grill&cafe is recommended :)







Tuesday, January 19, 2016

pelik2 je dia ni

Aku buat bisnes online.aku jual original perfume,handbag gred aaa,dgn tudung. As a result, aku terpaksa being active on facebook utk promote barang dan acah2 kepoh serta visible di mata facebookers yg lainnya. Which is yg tak bestnya, aku dah biasa jadi invisible. Eh tak kisah, in fact aku selesa. Tak diperhatikan.

At the same time, aku buat servis proofreading. Yg ni, aku cuma tggal bukak laptop and check doc in english dan semua urusan adalah atas talian.submit checked doc through email,discuss dgn client through whatsapp which im totally comfortable with.selesa.tak jadi perhatian,dapat beri perkhidmatan, hasil dapat pampasan,upah tak besar tapi tak terbeban. Lagipun,ini bidang aku.english dan servis berkomunikasi.


Tapi aku ada cita2. Nk jadi manusia pelik yg berjaya. Manusia pelik yg kekal pelik dgn bangganya. Aku pelik, kau tak suka.boleh.kita pergi jauh2.aku pun taknak hati sakit.bukan kau sorang.faham?

Monday, January 4, 2016

ulasan pencekik: steakout jb

5/12/2015

so again we went for food hunt kt area jb..plan asal (mesti kena ada plan asal yg lpstu berubah hihi) nak ke tony romas sbb 2 hari lps suami pi makan steak dekat spice & grill dgn colleagues dia tu yg semangat nk suruh bini dia try steak. n kwn2 dia semua recommend tony romas since kt johor dah ada tony romas n of course lah tony romas n steak klw org kl mmg dah tak heran. but then kitorang usha2 steakhouse lain area jb ni ada a few more, n as usual kalau ikut kepala aku mmg la aku lg suka try hipster cafes cmni especially if they are only available in johor kan. then, lps kiotang usha n go trough the list, kitorang decide to try the steak dekat cafe steakout. location yg senang nk pegi n since aku mmg nk support bumiputera punya business kt area johor ni, mmg cantik lah. owner steakhouse ni mmg budak melayu pun. oh and location kt belakang jakel besar nk ke angsana tu. kt area2 kedai tudung banyak2. steakout ni kt depan jalan besar je so takyah nk masuk n pusing2 the whole taman perindustrian bbu tu pun. 

26 thun hidup, ni first time nk try original steak. siap dah set nk try medium rare punya steak seklai smpai sana boleh lupa pulakkk nk pesan to make it medium rare so diorang buat well done.hihi bukan rezeki.

ada macam2 nama bahagian daging yg kita boleh pilih klw makan steak kt steakhouse ni, and semua bahagian rasa ada lain sikit. paling ketara klw amek mcm tbone compare dgn tenderloine.sbb  tbone ni daging yg berotot so dia less juicy n tenderloine pulak bhgn daging yg semata2 daging so bahagian ni selalunya lebih tebal dan lembut n rasa lebih 'lembu' if ya know wadda meannn. nah ini some reference psl potongan daging lembu utk steak. 


okay. move on to the menu. untuk our first visit n our first steak experience jugak, kitorang order potongan daging tbone dan rib eye. as recommended by budak yg amek order tu lah, dia kata rib eye mcm tenderloine n bhgn2 yg takde tulang tu so rasa lembu lebih kuat. and rib eye antara yg paling murah. pastu dia kata lg satu boleh try tbone klw nk rasa different flavour of steak and of course tbone lebih murah lagi. 





parit's order; T-bone steak
price:rm30++
taste: selalunya klw kita order beef steak kt kedai2 biasa diorang akan serve part tbone ni lah, cuma klw dekat steak house cmni boleh beza la daging dia masih segar n perapan dgn cara masak tu almost perfect compare dgn klw beli kt kedai biasa yg slalunya harga pun dlm rm 13-15 cmtu je. servings quite big, potongan kentang tu sedap n diorang serve dgn grilled vegies which is ringan n sesuai utk makan dgn daging
my order: rib eye beef steak
price;rm40++
taste: betul. rasa 'daging' dia lgi kuat sbb part yg ni cuma daging dan lemak. except for  cara masak. kalau amek bahagian daging cmni mmg kena order medium rare kot. bila masak well done, dia still juicy tp ada sikit liat. klw korang bukan peminat daging lembu toksah lee order rib eye ke serloine ke tenderloine ke, sbb rasa daging dia serius kuat. dgn perapan yg betul pun masih kuat rasa daging tu. tp klw aku, aku, suka la pulakk

macam biasa lah, since kitorang bwk si kecit yg suka kepoh2 dekat kedai makan ni kitorang amek seats kt luar so tk kacau diners kt dlm yg tgh layan makan daging smbil daging menari2 dlm mulut diorang
si kepoh ddudk kt baby chair, makan kentang. nk order apa2 mesti kena ada yg something dia boleh makan. so klw makan western kitorang akan order menu yg ada kentang or at least buah2 so boleh bg kt dia sikit.



so yup, my first steak experience went well. terus rasa mcm oficially jadi penggemar steak dah.kikiki. but next time kena try yg msk medium rare pulak. and for those yg nk try steak kt johor ni, steakout ni kira recommended la sbb strategic location and reasonable price. go visit diorang punya instagram @steakout.my

Tuesday, November 24, 2015

ulasan pencekik: BIGFOOD restaurant jb



22/11/2015


fuh macam2 jadi harini.paling epic is ipone 5 si suami masuk dalam mesin basuh..dekat 5 min jugak kot terendam T__T. of course si bini yg nangis gila2.

padahal harini kitorang baru plan nak makan2 since first time aku dpt gaji lepas berbulan2 tak merasa duit hasil titik peluh sendiri.nothing interesting, cuma ada iklankan kt mudah.my utk buat proofreading service and Alhamdulillah melekat pulak sorang. siap kerja dia terus bank in. so bila tanya suami nk belanja apa dia kata belanja makan. so despite the tragedy, and lepas aku dah meraung sbb rasa mcm tak boleh dimaafkan lansung kesalahan aku tu, and lepas si parit dah puas buat aku rasa bersalah (lol) kitorng pun decide utk proceed with our food hunting plan earlier.

plan asal nk pergi any western food restaurant yg cuma ada kt johor. sebab dari berapa minggu lepas si parit asek ckp psl nk makan dekat restaurant the cave. only in johor jugak and pintu masuk dia mmg dia buat mcm pintu gua hahaa. tapi tutup pulak haritu. so dah hampir nak cancel dah when suddenly kami terperasan restaurant bigfood dekat taman nong chik jalan nk ke larkin. farid kata sini pun serve western food jugak and katanya in big (by big i mean BIG) portion. and cuma ada kt johor je jugak so yep, kami pun mencemar duli yg dah tercemar ke sini.

deco dalaman - as usual 'hipster' style. kerusi guna long bench macam kt kantin sekolah, ada small playground area utk budak2 and upstairs bila dah ramai sgt customer (agaknya) hihi.

niat aku nk jadi saksi the BIGFOOD they claim it to be. so after going through the menu which i like it when they include some basic ingredients in each menu as well as the cooking method so diners might get an idea on how the dish might look like, kami pun order ; 1 plate of sloopy jane, and 1 plate of chicken chop. air kami order their fruitjuice.

since orang tak ramai sangat masa tu, service tak mengecewakan. agak pantas. makanan sampai in a jippy



sloopy jane
ingredient: fries topped with mincet meat cooked in tomato gravy spreaded with parmesan cheese, garlic breads, served with thousand island and sour cream for the dipping.
taste: 7/10-not bad presentation wise, rasa seperti yg diagak. nothing special than other 'sloopy janes' anywhere else.
tapi portion mmg tak tipu besaq bak ang. harga rm12 je pulak tu. eh okay la ni.ko lapo kan? nafsu ko mcm nk makan kfc snackplate 2 set kan? hah ni, 12hinggit. kalah kfc snackplate kikiki
BIGFOOD chicken chop
ingredient: mashed potato with gravy, black pepper sauce, fried chicken, coleslow for vegies
taste:7/10 jugak. mashed potato umphh. A. ayam goreng bahagian isi yg agak banyak dan tawar since dia bukan bhgn tulang, and again undeniably big portion.
harga rm20 - yg ni munkin mahal sikit tapi depa tak kedekut tang kentang nu. sedap pulak tu. cuma rm20 tu kalau rasa ayam tak terlalu bland mungkin lebih puas hati,

sloopy jane for mak shahir. kentang dia mewah betul hah. oh the dipping pun sedap. maybe more minced meat and less fries would be so much nicer :)

small playground area. kami duduk dekat seat yg sebelah betul dgn playground area ni. bola banyak2 tu takde tau.cuma ada pondok kecik tmpat budak2 nk buat main pondok2 dgn kuda ni jelah yg ada


so kalau anda pencekik yg cuma berbajet 10-20 ringgit utk makanan yg nampak macam mampu melayan napsu makan anda yg mana sebelum diboikot hari2 nk mcd, sini pun ok. study on the menu first pastu order. kalau nk steak, pizza, pasta and some sort pun ada. range rm25-40
those yg dtg jb utk jalan2 cari makan- for first timer korg g try tmpat lain dulu yg lagi pemes. pasal kedai2 gini berlambak kt s.alam hah. but if u wanna try some 'made in johor' products sini cafe yg aku boleh rekemen. sbb jujurnya, dia dekat dgn jiwa melei yg nk 'makan makanan omputih tapi takyah pelik2 sgt n harga takyah nk buat aku rasa mcm masuk kedai royal selangor utk cari jam hrga sepoh ringgit' macam aku. if u know what i babble lol.
on a diff note, this eatery is run by a young entrepreneur by the name of Mr.Tarmizi. so? takde so. cuma nk suruh support bumiputera punya bisnes pulak sbb bangsa lain pun support n suka pegi hipster cafe yg budak melayu bukak skrg ni. yg mana, kt johor ni selama ni bumiputera punya bisnes mostly warung beger, kedai makan seafood, ciken cop 5rnggit n kedai tomyam yg mana jugak, tak menitik beratkan kualiti servis dan ambience kedai. so trend skrg, budak2 muda buka kedai makan, jual makanan yg tak selalunya generasi 90s kids mcm aku ni jumpa, dengan konsep kedai makan yg fresh and hip. in terms of servis pun diorang ambil kira. takde dtg "maka ape bey?" "tu takde bey, yg ade tingga nasi aye" dan bey bey yg selainnya. maksud aku diorang ambil kira dari seawal proses pengeluaran dan penghasilan makanan sehingga ke customer servis dan tatarias kedai. so ko duduk je ko dah rasa best. haaa gitu. bukan untuk cuba mematikan selera kita dizaman makan sate, nasi ayam, nasi goreng daging merah, rojak, dan sirap bandung sambil mengadap warung2 lain depan kita, tapi aku puji effort utk ikut pereadaran masa dan persaingan sihat tu.itu.
well done bros sekalian well done.
nk repeat lagi. bolehh lepas dah try tempat lain and terasa nk dtg sini semula untuk try the quality of their steaks ke, kami akan datang :)

Wednesday, November 4, 2015

desaru short trip 2015





1st & 2nd Nov 2015


suami dah start usha2 hotel 2 minngu sebelum cuma masa tu tak sure lagi short trip kami kali ni ke mana. dia kata cuma nk release tension dari kerja and nk jalan2 seronok2 je. so aku pun fikir. short trip melaka dulu mmg focus kami untuk sight seeing and makan2 (asam pedas,cocnut klebang,original baba nyonya food semua tu la). and this time around cuma nk seronok2 je tak focus pada nk try makanan ke apa. then terfikir yg kitorang dah plan nak pergi desaru since tahun lepas sebab suami pernah training kt sana.lotus desaru resort tu katanya a fun packed place to go. ada macam2 activity situ and yg paling best is their waterpark. which sape2 yg stay sana akan dapat pass masuk free so boleh main air puas2, kebetulan pulak si shahir ni dah nk masuk 8 bulan and kitorang mmg belum pernah bwk dia pergi apa2 theme park lagi, and kebetulan jugak lotus desaru is well known for their clean private beach so hmmmmm yeap it fits well with our short trip destinantion kali ni. anddd another kebetulan...ahad tu johorean dpt cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan JDT dlm final piala AFC haha. so cantik2 jelah timing kitorang 

pagi ahad gerak dari pontian lalu tol senai-desaru. tak lama, 2 jam lebih camtu dah sampai. berhenti kejap dekat kedai runcit untuk beli stock makanan kami and shahir. kami beli roti, maggi, tuna dengan cerelac utk shahir. kami mmg macamni, kami akan ada focus activites bila on a trip. kalau nk makan2 kami akan pilih budget hotel which means bukan nak focus pada penginapan lah. hotel setakat utk tido, mandi dan bersiap shj. and since trip kali ni utk beraktiviti so kami focuskan pada penginapan yg easy access dgn aktiviti2 yg kami nk buat so part makan kami akan makan apa yg ada je. it helps us to spend wisely during the trip sebenarnya hihi.
somebody fell fast asleep on our way there, carseat dah sedikit kecil utk dia sebenarnya sbb tu pasang seat belt yg utk hold carseat je. kena beli baruuuuuu suamiiiii
eh dah bangunnn


dah sampai. kami check in di block E depan waterpark je hihi
masa baru sampai. boleh tahan eksaited mamat ni weh
suite ni ada 2 level.sat g kita cite sikit pasal suite dia pulak okeh


kami sampai dalam pukul 12.30 p.m so lepak dekat bilik dulu dalam pukul 3 kami turun ke waterpark. mandi dengan budak kecik ni takleh la time2 awal pagi or petang2 sangat. sedang elok la pukul 3 tu cuaca panas2 sikit. so berendam lama pun tak sejuk sgt kan
shahir's first experience pergi waterpark. resort punya waterpark je pun takde gelongsor tinggi2 pun huhu tapi.....ada orang takut jugak..sampai kena susukan dulu kt tepi pool nk bagi dia tenang. bila dah okay.....
nampak muka happy dia dapat main air tuuu haha


waterpark dia ada few sections. and semua tempat boleh main dengan budak kecik except the lazy river. yg lain semua air dia cetek2 je. shahir boleh duduk2 dalam air dia hihi. oh and as per in the picture above tu falling coconut.ampa kena berdiri kt situ sebab kejap lagi ada air yg dia dah tadah kt atas tu jatuh bedebush kt ampa bagi basah lencun
tu lah tu. tapi kena diri belakang lagi sebenarnya haha

so dalam pukul 4 lebih kami pun naik bilik sebab shahir pun dah nampak worn out masa tu and dah masa untuk susu. lepak and rehat kejap dalam bilik, malam tu kami keluar pi beli nasi goreng and masak maggi for dinner. since for lunch kami dah makan roti and tuna. 9 pm shahir and ayah dah terbongkang. ibu pun meneruskan projek ambil gambar bilik for reviewing.


downstairs. ada toilet with no shower, tv, freezer, sofa, microwave, sink, heater, small dining table,aircond, and some dishes dgn cutlery set
stairs to upper floor
upper floor view. queen size bed, toilet with shower and bathtub, vanity desk, air cond, and wardrobe with safe box

this is the view from upstairs. oh dekat luar ada balcony jugak. and sofa tu is actually two seperated single chair. i joined them together and tahan dengan meja tu utk jadikan babycrib for shahir since takde place for him to lay down downstairs hihi.


the next morning, lepas free breakfast dekat cafe dia kami ke private beach desaru yg terletak berhadapan je dgn tempat sarapan.


our foot prints :)
pijak pasir pantai pun first time hihi
private beach yg sgt bersih. takde sampah sarap and ada banyak seats for you to sit while looking at the seaview.



kami tak lama di pantai, cuma nk bagi shahir rasa pasir pantai and berdiri dekat dengan laut je. just to introduced him with ;)

lepastu shahir susu and tido sekejap around half and hour then main kat waterpark lagi sebelum checkout


12 pm kami checkout. nice and fun short trip. dekat johor pun banyak holiday destination yg menarik. cost for our 2d1n stay  is rm250


alhamdulillah, walaupun short trip kali ni dekat je but it was sure a fun short trip. berbaloi tak kalau nak pergi lagi? berbaloi..dgn 250 tu semua kami buat dalam area resort shj tak payah keluar2 dah. and actually ada mcm2 lagi package activities kt sini. klw nk main yg mahal2 u got paintball, archery and klw group activities ada treasure hunt, jungle trekking. for kids pun ada activities like painting mugs, artcraft etc. tahniah pihak lotus desaru resort, penginapan yg selesa dan berbaloi utk guest with small budget like us. thumbs up!















Friday, October 30, 2015

Ulasan pencekik: tea garden

29/10/15


So for dinner today, kami makan di tea garden di gelang patah betul2 bawah d'elegance hotel.its our second time here.first time pergi haritu aku order nasi putih dgn sup itik and suami order set nasi dgn ayam, lpstu order dimsum jugak. Tp takde amek gambar langsung so tk dpt buat review huhu.

but few days after that aku pun questionedkan kt laki aku pasal ayam and daging dia confirm ke sembelih, terus laki aku tak boleh jawab. dia kata boss cina dia kata sini halal.lol okayyyy macamtu ye. ok lah dah termakan pun yg sebelum ni. so bila aku gugel this is what i found: hukum makan makanan yang dimasak non-muslim

Sbb tu lah kami dtg semula and this time around aku and suami order menu selain daging. including chicken and duck.

But before that meh aku kasi intro sikit kt kedai ni.tea garden ni dah buka byk cawangan kt msia ni and ada lebih dr 10 cwgn dlm johor, dan beberapa ketul lagi kt kl. Since johor ni tk berapa byk kedai makan chinese muslim mcm kt shah alam, tea garden ni lah yg mnjadi pojaan hati kami2 semua hihi. In terms of price, lebih kurang mcm harga kopitiam laa


Kt sini mostly diorang serve authentic Chinese cuisine tapi ada jugak western and Malaysian favourite macam nasi lemak, rendang etc. rasa makanan dia pun mmg cina. Kicap, minyak bijan, garlic. Tu main ingredients dia. If u asked me, mmg la fav aku chinese cuisine ni. Sbb tu aku suka g sini hihi. . Dah tak reti makan makanan melayu ke dia ni. Haritu arab ni cina.geliii jek. Dah kang aku review psl nasi campur ke sate ke gila bosan. Review pencekik punya entries mmg akan focus on different kind of food in johor. By different i mean different cuisine and maybe different concept than the usual kedai makan tomyam,mamak and their comrades

Moving on to the menu yg kami order. aku order fish porridge which is wow. sedap bhai. shahir pun suka. the main reason aku order their fish porridge is because shahir pun boleh makan sama and aku pun suka je bubur2 ni especially yang soupy and tak berempah sgt macam bubur2 cina ni. they use snapper fish untuk isi ikan dalam bubur tu, and side dishes dia ada salted duck egg, dried cakoi, and lagi satu aku pun tak tau apa tapi macam akar2 kayu yg fermented and rasanya sangat masin tapi sedap


Image result for fish porridge tea garden
curi dari goggle image since takde smpan pulak gmbar fish porridge tu. tapi exactly the same as macam gambar. yang akar kayu tu yg hitam2 tu. and dalam botol tu mcm biasa ada kicap cair dengan lada sulah. potongan ikan dia pun tak lokek.
taste: 8.5/10
presentation: perfect. rasa macam makan dekat rumah ah meng. haaa??






Suami pulak order their chinese rojak. Basically chinese rojak is the mixture of tepung, fish cake, kentang, tauhu, bwg2 and their rojak sauce which tastes slightly different from malay rojak sauce.



price:rm 6++
taste: 8/10 since the shrimp paste wasnt too thick. the sweetness from shrimp paste and crushed groundnuts blended well with other ingredients. if you want it to be extra spicy u can request extra slices of chillies. big portion for one.




selepas beberapa kali, kami ada juga order their rice with fish belly, and chee cheong fan which is their rice noodle roll.simple yet sedap gila. gambar nanti aku pegi lagi aku update lagi. ingat ye, kalau tak confident nak makan dia punya daging you can always choose their fish/seafood dishes

for the drink, kalau pegi chinese restaurant kami mmg akan order their teas. jasmine tea for those yg nak minum teh tanpa gula tapi tak pahit sebab kalau chinese tea dia ada pahit sikit. kalau tak korang order la air longan ke fresh oren ke tak kisah la kauuuu







 ibu and shahir. since kami ada anak kecik yg suka jakun2 bila kt kedai makan, we choose to sit at the table yg dekat dgn pintu keluar. thats the tips. so that ur kid wont be seen like disturbing the other customers :)



 oh and in terms of ambience kedai, mmg sgt comfortable. ada table dekat luar (open space) and ada yg dalam kedai. dekat luar selalunya smokers and those yg dtg dgn kawan2 will choose to lepak luar kedai lah. and for us kitorang lepak dalam kedai TAPIII dekat dgn exit hihi.

so  if any of you terasa macam nak cekik makanan cina around johor ni. u guys can try tea garden sebab rasa makanan cina yg betul2 cina (lol), halal (no pork,lard,wine) and harga pun tak mahal sangat.

andm, for those yg against makan di kedai non-muslim

"Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal."


  kalau korang tak yakin jangan makan but again tak perlu dipertikaikan akidah orang yang makan dengan ayat2 macam "seua benda dia nak makan"  "eee halal keeee"  "ntah dia basuh ke tak tangan dia sebelu masak" bla bla bla. cuba bayangkan students kita yg kt korea, jepun, uk and banyak lagi negara non-muslim. of course tak semudah kt sini diorang nk pastikan yg tukang masak, barang utk memasak dan yg lain2 tu habis suci. and ingat, klw duk condemn makanan ni halal ke halal ke, kalau korang mmg hari2 masak takpe. ni aku rasa byk kali jugak ko makan kt luar. dah ko sure ke makcik yg buat nasi goreng kampung ko tu solat, basuh tgn bersih, basuh segala bawang ke apa? haa islam ni mudah. dah diletak garis panduan, guna. jangan jadi orang yg acah2 teliti certain bab tp sbenrnya korang pun pemalas nk masak asek beliii je nasi goreng kt luar tu.hokeyy



















Tuesday, October 13, 2015

I hope no one will read this entry.

Kecil hati.biasa dah kan.aku dikurniakan tuhan kesederhanaan pd rupa,dan gaya hidup.dan untuk aku merasa mata2 yg memandang rendah pada aku pun dah jadi kebiasaan.mereka perhati cara aku berjalan,cara aku makan,cara aku pegang anak.dan selalunya mereka akan jumpa cacat cela salah silapnya.


Perlu ke dilayan elok manusia yg penuh cacat cela ni.entah.ada faedah pada kita ke.takde.

Maka mereka buat keputusan;
Hai lah mereka.



Waktu2 begini lah aku cuma minta lebih pada tuhan.tak mengapa lah rupa yg sederhana, kemampuan yg sederhana, tapi biarlah tuhan kurniakan tingkat sabar yg tinggi setingginya.yang itu aku nak lebih, tuhan.

Untuk aku;
Nah aku nak ingatkan aku

Tambah baik diri aku,kalau lagi sehari aku hidup semoga baki sehari tu jadi yg paling beri faedah.kalau lagi sebulan semoga bulan itu jadi yg paling beri faedah.begitulah kalau makan tahun sekalipun.ingat aku,pandang senget manusia pada aku tak ubah sedebu habuk pun cara tuhan menilai hambanya.Allahu Akbar.cari redha tuhan,aku.tuhan.sebab aku dah janji dunia cuma ujian.

Mereka,
Mungkin lupa.





si lebong