RSS Feed
Showing posts with label johor bahru. Show all posts
Showing posts with label johor bahru. Show all posts

Monday, January 4, 2016

ulasan pencekik: steakout jb

5/12/2015

so again we went for food hunt kt area jb..plan asal (mesti kena ada plan asal yg lpstu berubah hihi) nak ke tony romas sbb 2 hari lps suami pi makan steak dekat spice & grill dgn colleagues dia tu yg semangat nk suruh bini dia try steak. n kwn2 dia semua recommend tony romas since kt johor dah ada tony romas n of course lah tony romas n steak klw org kl mmg dah tak heran. but then kitorang usha2 steakhouse lain area jb ni ada a few more, n as usual kalau ikut kepala aku mmg la aku lg suka try hipster cafes cmni especially if they are only available in johor kan. then, lps kiotang usha n go trough the list, kitorang decide to try the steak dekat cafe steakout. location yg senang nk pegi n since aku mmg nk support bumiputera punya business kt area johor ni, mmg cantik lah. owner steakhouse ni mmg budak melayu pun. oh and location kt belakang jakel besar nk ke angsana tu. kt area2 kedai tudung banyak2. steakout ni kt depan jalan besar je so takyah nk masuk n pusing2 the whole taman perindustrian bbu tu pun. 

26 thun hidup, ni first time nk try original steak. siap dah set nk try medium rare punya steak seklai smpai sana boleh lupa pulakkk nk pesan to make it medium rare so diorang buat well done.hihi bukan rezeki.

ada macam2 nama bahagian daging yg kita boleh pilih klw makan steak kt steakhouse ni, and semua bahagian rasa ada lain sikit. paling ketara klw amek mcm tbone compare dgn tenderloine.sbb  tbone ni daging yg berotot so dia less juicy n tenderloine pulak bhgn daging yg semata2 daging so bahagian ni selalunya lebih tebal dan lembut n rasa lebih 'lembu' if ya know wadda meannn. nah ini some reference psl potongan daging lembu utk steak. 


okay. move on to the menu. untuk our first visit n our first steak experience jugak, kitorang order potongan daging tbone dan rib eye. as recommended by budak yg amek order tu lah, dia kata rib eye mcm tenderloine n bhgn2 yg takde tulang tu so rasa lembu lebih kuat. and rib eye antara yg paling murah. pastu dia kata lg satu boleh try tbone klw nk rasa different flavour of steak and of course tbone lebih murah lagi. 





parit's order; T-bone steak
price:rm30++
taste: selalunya klw kita order beef steak kt kedai2 biasa diorang akan serve part tbone ni lah, cuma klw dekat steak house cmni boleh beza la daging dia masih segar n perapan dgn cara masak tu almost perfect compare dgn klw beli kt kedai biasa yg slalunya harga pun dlm rm 13-15 cmtu je. servings quite big, potongan kentang tu sedap n diorang serve dgn grilled vegies which is ringan n sesuai utk makan dgn daging
my order: rib eye beef steak
price;rm40++
taste: betul. rasa 'daging' dia lgi kuat sbb part yg ni cuma daging dan lemak. except for  cara masak. kalau amek bahagian daging cmni mmg kena order medium rare kot. bila masak well done, dia still juicy tp ada sikit liat. klw korang bukan peminat daging lembu toksah lee order rib eye ke serloine ke tenderloine ke, sbb rasa daging dia serius kuat. dgn perapan yg betul pun masih kuat rasa daging tu. tp klw aku, aku, suka la pulakk

macam biasa lah, since kitorang bwk si kecit yg suka kepoh2 dekat kedai makan ni kitorang amek seats kt luar so tk kacau diners kt dlm yg tgh layan makan daging smbil daging menari2 dlm mulut diorang
si kepoh ddudk kt baby chair, makan kentang. nk order apa2 mesti kena ada yg something dia boleh makan. so klw makan western kitorang akan order menu yg ada kentang or at least buah2 so boleh bg kt dia sikit.



so yup, my first steak experience went well. terus rasa mcm oficially jadi penggemar steak dah.kikiki. but next time kena try yg msk medium rare pulak. and for those yg nk try steak kt johor ni, steakout ni kira recommended la sbb strategic location and reasonable price. go visit diorang punya instagram @steakout.my

Friday, October 30, 2015

Ulasan pencekik: tea garden

29/10/15


So for dinner today, kami makan di tea garden di gelang patah betul2 bawah d'elegance hotel.its our second time here.first time pergi haritu aku order nasi putih dgn sup itik and suami order set nasi dgn ayam, lpstu order dimsum jugak. Tp takde amek gambar langsung so tk dpt buat review huhu.

but few days after that aku pun questionedkan kt laki aku pasal ayam and daging dia confirm ke sembelih, terus laki aku tak boleh jawab. dia kata boss cina dia kata sini halal.lol okayyyy macamtu ye. ok lah dah termakan pun yg sebelum ni. so bila aku gugel this is what i found: hukum makan makanan yang dimasak non-muslim

Sbb tu lah kami dtg semula and this time around aku and suami order menu selain daging. including chicken and duck.

But before that meh aku kasi intro sikit kt kedai ni.tea garden ni dah buka byk cawangan kt msia ni and ada lebih dr 10 cwgn dlm johor, dan beberapa ketul lagi kt kl. Since johor ni tk berapa byk kedai makan chinese muslim mcm kt shah alam, tea garden ni lah yg mnjadi pojaan hati kami2 semua hihi. In terms of price, lebih kurang mcm harga kopitiam laa


Kt sini mostly diorang serve authentic Chinese cuisine tapi ada jugak western and Malaysian favourite macam nasi lemak, rendang etc. rasa makanan dia pun mmg cina. Kicap, minyak bijan, garlic. Tu main ingredients dia. If u asked me, mmg la fav aku chinese cuisine ni. Sbb tu aku suka g sini hihi. . Dah tak reti makan makanan melayu ke dia ni. Haritu arab ni cina.geliii jek. Dah kang aku review psl nasi campur ke sate ke gila bosan. Review pencekik punya entries mmg akan focus on different kind of food in johor. By different i mean different cuisine and maybe different concept than the usual kedai makan tomyam,mamak and their comrades

Moving on to the menu yg kami order. aku order fish porridge which is wow. sedap bhai. shahir pun suka. the main reason aku order their fish porridge is because shahir pun boleh makan sama and aku pun suka je bubur2 ni especially yang soupy and tak berempah sgt macam bubur2 cina ni. they use snapper fish untuk isi ikan dalam bubur tu, and side dishes dia ada salted duck egg, dried cakoi, and lagi satu aku pun tak tau apa tapi macam akar2 kayu yg fermented and rasanya sangat masin tapi sedap


Image result for fish porridge tea garden
curi dari goggle image since takde smpan pulak gmbar fish porridge tu. tapi exactly the same as macam gambar. yang akar kayu tu yg hitam2 tu. and dalam botol tu mcm biasa ada kicap cair dengan lada sulah. potongan ikan dia pun tak lokek.
taste: 8.5/10
presentation: perfect. rasa macam makan dekat rumah ah meng. haaa??






Suami pulak order their chinese rojak. Basically chinese rojak is the mixture of tepung, fish cake, kentang, tauhu, bwg2 and their rojak sauce which tastes slightly different from malay rojak sauce.



price:rm 6++
taste: 8/10 since the shrimp paste wasnt too thick. the sweetness from shrimp paste and crushed groundnuts blended well with other ingredients. if you want it to be extra spicy u can request extra slices of chillies. big portion for one.




selepas beberapa kali, kami ada juga order their rice with fish belly, and chee cheong fan which is their rice noodle roll.simple yet sedap gila. gambar nanti aku pegi lagi aku update lagi. ingat ye, kalau tak confident nak makan dia punya daging you can always choose their fish/seafood dishes

for the drink, kalau pegi chinese restaurant kami mmg akan order their teas. jasmine tea for those yg nak minum teh tanpa gula tapi tak pahit sebab kalau chinese tea dia ada pahit sikit. kalau tak korang order la air longan ke fresh oren ke tak kisah la kauuuu







 ibu and shahir. since kami ada anak kecik yg suka jakun2 bila kt kedai makan, we choose to sit at the table yg dekat dgn pintu keluar. thats the tips. so that ur kid wont be seen like disturbing the other customers :)



 oh and in terms of ambience kedai, mmg sgt comfortable. ada table dekat luar (open space) and ada yg dalam kedai. dekat luar selalunya smokers and those yg dtg dgn kawan2 will choose to lepak luar kedai lah. and for us kitorang lepak dalam kedai TAPIII dekat dgn exit hihi.

so  if any of you terasa macam nak cekik makanan cina around johor ni. u guys can try tea garden sebab rasa makanan cina yg betul2 cina (lol), halal (no pork,lard,wine) and harga pun tak mahal sangat.

andm, for those yg against makan di kedai non-muslim

"Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal."


  kalau korang tak yakin jangan makan but again tak perlu dipertikaikan akidah orang yang makan dengan ayat2 macam "seua benda dia nak makan"  "eee halal keeee"  "ntah dia basuh ke tak tangan dia sebelu masak" bla bla bla. cuba bayangkan students kita yg kt korea, jepun, uk and banyak lagi negara non-muslim. of course tak semudah kt sini diorang nk pastikan yg tukang masak, barang utk memasak dan yg lain2 tu habis suci. and ingat, klw duk condemn makanan ni halal ke halal ke, kalau korang mmg hari2 masak takpe. ni aku rasa byk kali jugak ko makan kt luar. dah ko sure ke makcik yg buat nasi goreng kampung ko tu solat, basuh tgn bersih, basuh segala bawang ke apa? haa islam ni mudah. dah diletak garis panduan, guna. jangan jadi orang yg acah2 teliti certain bab tp sbenrnya korang pun pemalas nk masak asek beliii je nasi goreng kt luar tu.hokeyy



















Tuesday, October 13, 2015

Ulasan pencekik; wadi hana

So i decided to name it ulasan pencekik since i consider myself as pencekik (foodie) because i can eat almost any kind of food.ok je.semua aku cekik.takde emmm tak retilah makan tuuu..ihh ada ke letak ni,hilang la rasa bla bla bla bleerghhhh

Cuma maybe cara aku makan tak semestinya sama dgn cara semua org makan.for example aku tak enjoy makan sup dgn nasi dalam mangkuk.sup dgn nasi ok,tp fungsi dia mcm kuah jelah.cuma lg light dari kari or kuah lemak (cenggitulah perumpamaannya).

And sejak2 ada mat shahiril ni,kami laki bini jd syok pulak jalan2 cari makan area johor ni..dpt tau je ada cafe yg mcm best aku akan riki2 kt google bg ada idea sikit apa jenis makanan yg bakal kitorang cekik tu pastu pegi makan and komen2 dlm kete.and thats when i thought about writing the review of each cafe or food that we've tried.untung2 boleh bg idea for those yg nak try makan kt tpat2 yg kami penah pi ni.

So utk ulasan pencekik entri 1:

Kami ke restaurant wadi hana di tampoi.sebuah kedai makanan arab.apa yg menarik minat kami utk pergi adalah kerana ia salah satu original egyptian restaurant.need to remind u guys this is food review,not about the restaurant (tapi sikit2 kita citelah).and decision to go to this restaurant is spontaneous, tengah2 dalam perjalanan tu duk pikir nak makan apa pastu tiba2 terfikir yg kami laki bini belum pernah try middle east cuisine kt area johor ni.so in a lightning speed aku google restaurant makanan arab area jb yg ok.first name yg appear is restaurant wadi hana and the location pun tak jauh, 10 mins drive from angsana.cun.10 min kemudian kami sampai.nampak betapa kilat tak kilat tu.selalunya sempat la aku usha menu and reviews semua dulu,yg ni tak sempat. ah dah sampai pun.masuk aje lee

deco dalaman yg kewl sbb rasa mcm kt negara arab (and this one specializes in egyption cuisine), where the seats are on the floor. kira makan bersila kt bawah la and decoration yg penuh dgn lampu2 dan gmbar2 unta ala2 kedai shisha.yg amek order pun orang arab haaa.






tu hah..kemain jakun macam dia pulak nk order padahal sudahnya mimik (nenen) jugak kt situ guna nursing cover ibu.hihi




kami pilih untuk duduk bersila sebab alang2 shahir boleh guling2 haha



so for the menu;
yg kami laki bini pernah try sblm ni cuma nasi mandy.the rest never heard,never tried.so based on the images dlm menu book tu, aku pengaruh laki aku utk order fatta rice.since it looks so arab-ish hihi.turned out its white bhasmathy rice simmered with tomato gravy and grilled lamb.hah part lamb dia mmg sedap.lembut,cukup masak. and if u asked me i would say its good.laki aku tak suka la tapi sebab kombinasi nasi putih dan kuah tomato pekat tu tak kena kt lidah dia. but again the lamb is admittively gooooooddd.



price:rm15
taste: 7/10 (kurang portion sayur)
presentation:convincing




fatta rice dihidangkan sekali dengan sup sampingan.dalam sup ni ada macam nasi panjang2 tapi bukan texture nasi so idk what it is.




second menu is chicken soup. kami order soup sebab we thought the rice portion will be big for fatta rice, so konon2nya nak kongsi nasi 2 org and makan dgn pilihan sup yg diorang ada. tapi sebenarnya portion nasi on fatta rice tak banyak mana pun. hihi. kira salah order la ni haha. so if u asked me i would like to suggest utk order their sandwiches. sbb lebih munasabah dari order sup dan hirup sup tu tanpa any carbs to compliment.lol.


untuk air, aku suggest u guys order their yogurt drink atau order barbrican je senang hihi.range air bawah rm10

price:rm11
le' chicken soup.distinct taste u wont get in ur malay or chinese chicken soup. penuh dgn rasa rempah ratus tapi light. and satu hal dalam makanan arab ni, most of them ada rasa masam2 sikit. tu pasal laki aku tak suka kot.haha.
ayam tak kedekut, potongan ayam pun cantik.and ayam depa pun lembutttt ja haa.rasanya semua daging2 depa ni sebelum dimasak jadi sup ka apa ka depa marinate siap2.tu yg lembut.
pekena dgn homemad- arab-style-bread mungkin dish ni akan jadi 'wow'.hihi






so nak repeat lagi? tanya parit confirm dia meghenyihh tak tau nk jawab apa (taknak la tu). tapi kalau tanya aku, boleh.kita try sandwich depa pulak.and recommended for those who want to try middle east cuisine kt area johor yg easy access with affordable price and most importantly sedap.























si lebong